Thursday, July 29, 2010

Pindah Rumah...

Akhirnya pindah rumah juga...Pufff ...penat sampai hari ini tak hilang lagi. Sekarang apa nak buat lagi, dua-dua rumah kena kemas. Rumah yang baru masuk pun masih berselerak, rumah yang ditinggalkan pun sama, lagi teruk kena cuci lagi. Tak tahu sampai bila baru semuanya settle. Hari Sabtu ini nak pasang telefon, dah buat temujanji...kata kontraktor tadi dia datang rumah tapi dia kata "satu orang pun tada..tapi kata nak cepat..." eh memanglah aku nak cepat. Hari Isnin aku ada dirumah dia tak mai, bila dia nak mai dia tak telepon pulak... penat je aku bagi kontek-kontek nombor aku.
Nak sewa Ke??? eh, tak fikir lah lagi...biarlah dulu..Surat-surat pun masih datang kat rumah lama, rasanya tak mau ubahlah sebab peti surat kat rumah lama tu lebih selamat lagi dari rumah sekarang nih!! Banyak lagi barang keperluan yang kena beli...tak berkesempatan lagi nak pergi beli...Bila ek..nak cari..Aduh!!!...

Thursday, July 22, 2010

Serba salah la pulak...

Mak dan ayah dah ada kat Ipoh sekarang. Last week hari Ahad 18/7/2010 kakak bawa ke rumah dia. Hari Ahad ni (25/7/2010) aku pindah rumah, so tak dapat pergi Ipoh. Kata ayah kakak bawa mak pergi buat terapi dah 2 hari, perubahan akan nampak selepas 1 minggu. Nampaknya minggu last Julai baru aku boleh pergi melawat mak kat Ipoh. Rasanya aku nak cutilah pegi tengok mak. Tapi kalau aku cuti alamat anak kecikku pun cuti sekolah la pulakkk....Kata ayah selepas 1 minggu buat terapi, dia nak bawa mak balik Perlis....yalah dah dekat puasa, ayah mesti nak puasa kat kampung. Mestilah nak gi terawaih lagi, mesti ayah tak selesa kalau masih kat Ipoh. Aduh....masalah akan bermula lagi. Kesian mak. Harap-harap mak cepat lah baik. Aku pulak..kenapa tak boleh nak fikir ni....?? apa harus aku buat ek. Aduhhhh buntunye!!!!!. Ya Allah...susahnye hati aaku ni...Aku ingat nak cuti lah lepas pindah umah ni...biarlah amirah ponteng sekolah 1 @ 2 hari...nak balik tengok mak...sian gak kat ayah.

Uhhh!! semalam & hari ini dah lah rasa gerammmm je..lagi lah campur baur perasaan ni. Sakit kepalanye...Rasa macam nak marahhhh je...dok sabar je ni...malaslah nak layan..lantakkk..Esok nak cuti, nak kemas barang, nak pindah rumah, hari Sabtu kena pegi kenduri pulak..malasnye nak pegi kenduri ni. Tapi aku tak taulah nak pindah ni, lori dah ada ke?..pehal ni..nak bawa barang dengan ape? biar betikkk!!!

Monday, June 28, 2010

IBU & AYAH KU SAYANG


Bismillah....
Aku terfikir kenapalah ada antara kita sanggup abaikan kedua ibubapa kita. Bila tahu ibu atau ayah tak sihat pun kita masih tak nak menjengok mereka di kampung. Sampai hati kita. Alasan sibuk dengan masalah anak-anak. Tak terfikirkah kita ibu ayah kita dulu jaga kita macammana. Aku masih terbayang lagi macammana mak, ayah betungkus-lumus berkerja membanting tulang semata-mata nak menyenangkan anak-anak. Mak sampai tak pernah tukar pakaian. Bila raya baju mana yang ada sahaja mak pakai, asalkan elok dan masih baru. Nak mimpikan barang kemas jauh sekali. Bila mak ayah dah tua dan tak sihat, kita masih pentingkan diri sendiri dengan macam-macam alasan. Kenapa kita tak cuba untuk ketepikan alasan-alasan itu dan utamakan mak dan ayah kita. Tak terfikirkah kita, bila kita dah tua dan sakit seperti mereka sekarang ini, adakah anak-anak kita akan ambil berat kepada kita sedangkan kita tak ambil berat mak ayah kita. Aku cukup takut balasan Allah...kerana apa yang kita lakukan kepada kedua orang tua kita didunia ini Allah akan balas C. A. S. H didunia ini juga.
Kalaulah kita terlalu banyak alasan, takut Allah akan bagi kita banyak lagi masalah dan banyak lagi alasan sehingga sampai suatu ketika masa itu dah terlambat dan kita jadi terkilan dan amat menyesal sekali. Kenapa kita tak pernah menyesal dahulu, kenapa kita tak pernah terfikir dan insaf, sedangkan banyak kita dah dengar, dah baca dan dah tahu kisah-kisah manusia sekeliling kita dan penyesalan mereka. Kenapa kita tak mahu ambil sebagai teladan. Wahai...pulanglah kekampung, ziarahlah mak & ayah...bukan wang kita yang mereka harapkan, cukuplah mereka dapat melihat wajah kita dan rasa sayang kita kepada mereka. Anak-anak kita yang dah besar itu, pandailah mereka menguruskan diri mereka, kerana mereka pun dah besar, dah masuk kolej semua. Dari mereka kecil hingga besar, tak ada cerita lain semua masalah mereka jadi alasanmu dengan mak & ayah. Aku tahu ayah sangat sedih dan kecewa dengan alasan itu...wahai....jangan sampai kau menyesal, ketika itu tak ada siapa yang boleh menolongmu. Menitik air mataku bila ayah bagitahu kau tak balik, kau ada masalah anak-anak dan kata ayah apa boleh buat dari dulu hingga sekarang kau tak habis-habis dengan masalah anak, ayah faham...nada ayah sungguh kecewa...(dalam hati aku terdetik...sampai hatimu...) Pernah bila aku ceritakan kesihatan mak atau ayah padamu, kau rasa macam hairan kenapa bila kau telefon ayah tak pernah ceritakan masalah mereka kepadamu. Kau pikirlah sendiri, macammana ayah nak ceritakan masalah mereka padamu kerana bila kau telefon mereka kau seringkali bagitau masalah engkau pada mereka so, buat apa ayah nak bagitau masalah dia sebab kau pun ada masalah. Terus terang aku katakan, aku tak pernah ceritakan masalah aku pada mereka. Bagiku masalah itu adalah asam-garam hidup kita, ianya adalah perkara biasa. Itulah hidup namanya. Ayah sahaja yang selalu tanya hal-hal aku anak beranak.
Bila ingat ayah & mak air mata aku mesti nak menitik, rasa macam nak saja aku terbang pergi kat diaorang. Aku tak pernah lepas dari berdoa untuk mereka. Semoga mereka sihat dan sentiasa dalam perlindungan Allah. Aaminn.

Thursday, June 24, 2010

Selepas Cuti Sekolah

Minggu ini paling sibuk dengan kerja opis. Tak menang tangan nak buat yang mana satu selepas minggu cuti sekolah berakhir. Minggu lepas minggu paling tension (minggu kedua cuti sekolah).
Bawa Amirah ke Melaka Bandaraya Bersejarah 3 hari 2 malam, stay kat Pantai Puteri. Selasa malam dapat call dari Suhael, makku jatuh dan dah tak boleh bangun. Masa tu nak makan malam kat gerai di Pantai Puteri...mulanya lapar sangat sebab makanan kat Melaka nie bagi ku tak ada yang sedap. Bila dapat tahu berita nie langsung hilang selera makan.
Esok pagi kami bertiga bertolak balik ke Puncak Alam, aku kena basuh segala kain baju dan esok pagi pula kami bertolak balik Perlis. Sebelum ini tak bercadang nak balik sebab seminggu sebelum cuti sekolah aku dah balik kampung. Lagi pun budget pun tak berapa nak cukup sebab tengah buat renovation rumah. Tapi kita merancang Allah menentukan....aku sampai juga ke Perlis. Malam suamiku balik ke Puncak Alam dengan bas. Sedih tengok mak..dah tak boleh bangun, langsung terkelepek atas tempat tidur dan paling aku kesian pada ayah yang dengan senang hati menjaga mak. Ayah cuma tinggalkan mak masa nak pergi surau atau masjid je...Alhamdulillah..mak tak ada sakit yg lain-lain macam kenching manis, darah tinggi, jantung...cuma tak ada kederat...mungkin masa mudanya mak terlalu kuat bekerja membanting tulang bantu ayah membesarkan kami adik beradik.
Bila tengok mak macam tu aku ambil keputusan akan buat treatment dengan bersungguh-sungguh dengan tilam magnet yg aku bawa balik dulu. Masa memula bawa balik tilam dulu, masa tu mak masih boleh bangun jenjalan walaupun bertaktih, treatment tak boleh buat dengan betul sebab mak selalu bangun masa tengah buat treatment, lagi pun masa tu aku balik sekejap saja...tak boleh buat betul-betul. Bila tengok mak macam ni (dah tak boleh bangun) aku berazam buat treatment tu, lagi pun aku 4 hari kat kampung. Alhamdulillah 2 hari lagi sebelum aku balik Puncak Alam, mak dah boleh angkat tangan untuk sanggulkan rambutnya dan boleh gerakkan kakinya sendiri.
Hari Sabtu 19/6/2010 aku pun berangkat balik dengan Suhael dan Amirah ke Puncak Alam. Aku memandu sendiri, pertama kali aku memandu balik kampung tanpa suami. Aku balik hari Sabtu takut jalan jem kalau balik Ahad sebab cuti Sekolah dah habis, tentu ramai yang balik hari Ahad. Sebelum ini pun aku nak je memandu balik kampung dengan anak ke masa cuti sekolah, tapi suami tak kasi entahlah mungkin tak harap kut atau serba salah nak biarkan aku balik tanpa dia. Aku singgah rumah mertua kat Padang Rengas, petang teruskan perjalanan ke Puncak Alam. Hari Isnin adikku pula sampai ke kampung untuk jaga mak..tapi hari ini (21/6/2010) malam dia pula akan bertolak ke KL dengan keretapi. Besok mungkin kakak pula balik. (Aku haraplah) Hari-hari aku call kampung tanya khabar mak...semoga mak cepat baik..

Tuesday, June 8, 2010

Muzium Bukit Malawati....lagi Kuala Selangor

Muzium ini terletak di Puncak Bukit Malawati. Sejarah peperangan di Kuala Selangor tersembunyi disini. Salah silah Keluarga di Raja Selangor tercatat disini. Muzium yang comel dan cantik. Dihadapan Muzium berdiri megah Mercutanda Kuala Selangor - Rumah Api. Dari sini pemandangan saujana mata memandang daerah Kuala Selangor yang cantik.













































Monday, June 7, 2010

Kuala Selangor Yang Indah Permai. Selangor yang ku Sayangi...



























Penghuni Bukit Malawati












































Pemandangan Kuala Selangor dari Bukit Malawati.


Bukit Malawati - Pemandangan dari Bukit Malawati - Saujana mata Memandang.

Kat Perlis........Tok & Chak The loving Couple











Kenangan tak sempat nak diceritakan...Balik Kampung - PERAK










Pak su , Pak Teh, mak ndak, & mak long









Opah & Tok










































Hadiah Besday Mia...














Dah gian sangat dah belum sempat sampai rumah dlm kereta pun tak apa.





Hadiah Birthday Yang Memeningkan

4 June...setiap tahun datang sekali. Tahun-tahun sebelum ini tidak ada masalah. Beli cupcakes ke atau beli cake comei pun kira okey dah...amik gambaq, settle. Masa Tadika dulu, just beli saja jajan campur macam-macam jelly, coklat, gula-gula dll masuk dlm beg, beli kek sebiji, minta cik gu tadika uruskan...beres.
Tapi kali ini orang dah 8 tahun, dah lain sangat. Hadiah demand. Ada beberapa kategori yg perlu diikut. Kalau nak hadiah mesti pada birthday date or kalau terlepas pun sehari dua sahaja.
Kategori hadiah: Kalau nak beli jenis anak patung, nak Bear sahaja - yg besar skit dari yg dah ada. Kalau nak beli buku cerita, nak cerita dongeng. Kalau barang-barang lain untuk keperluan belajar - stationery kompom tak nak. Kalau baju atau kasut boleh juga tapi nak surprise (macammana ek...kan ke kena ukur dikaki dan badan- kompom yg tu aku kensel) Hadiah yg dibeli mesti surprise....!!! (macamana nak surprise, kalau nak pegi beli sentiasa dia ada bersama, tak ke pening memikiornye. Jenoh juga aku memikirkan apa la hadiah nak ku belikan.
Dia pun dah beberapakali merajuk bila ayahnya kata nak hadiahkan motor ayah tu kat adik, baru lagi beli dan ibu pula kata nak hadiahkan kereta kat dia...atau pun rumah baru yg tengah renovate tu kat dia...merajuk dan menangislah...sang puteri ini, marah sungguh dia. Abis tu kita orang pun tak tahu nak beli hadiah apa.

Hari Sabtu 5hb ada kenduri kahwin kat AU5D,. Sebelum kenduri pergi ambil lampu kat kedai sbb dah beli pada hari Isnin tapi tak amik lagi, sbb ada yg tak ada stok. Ingit nak je beli lampu tidor untuk budak bucuk ni, tapi dia asyik ikut je..dah tak surprise lah. So tak jadi beli...lepas hantar lampu kat rumah baru, kami pergi makan kenduri. Lepas kenduri terus balik rumah dah letih memasing.

Semalam Ahad 6hb pegi kenduri lagi kat Damansara Utama, lepas kenduri balik singgah Giant KLJ. Ingat nak cari hadiah besday...tengah survey sana survey sini terjumpa sofa untuk budak-budak....cute sungguh sofa tu...so bolehlah bayangkan apa yg terjadi....maka apa yg dikatakan nak saprise tu dah tak kisah dah...terus cakap " tak pelah adik dah tak kisah dah...tak surprise pun tak pe...adik nak lah sofa nie..ibu pleaseeeeeeee" mmmm pusing sana pusing sini sofa tu juga la yg dia berkenan RM99.99 mak aiii aku budget RM50.00 je.
Eh tak boleh nak add image la pulak...ape kena ngan pc nie...stop dulu lah..nanti masukkan kemudian..nak wat keja lain plk..
Kakak: tunggu ibu upload gambar kemudian...sekali ngan gambar yg lain....

Wednesday, March 31, 2010

Cikgu oh cikgu...

Terkejut bila anak kecik ku minta aku tengok kat lengannya bengkak dan ada kesan lebam dan sedikit kesan darah dan dia bagi tau yang dia kena cubit dengan cikgunya. Marah pun ada rasanya...aku tak kisah kalau kena cubit tu sebab ada juga dia bagitau kekadang cikgu cubit kat perut kalau jawab soalan salah. Yang ini aku marah sebab kesan tu dah tentu sakitnya bukan kepalang. Aku tanya kenapa cikgu tu cubit, dia nakal ke atau tak buat keja rumah yang diberi ke atau apa-apa ke?. Dia kata tak ada...cikgu tu baik je katanya, tapi cikgu tu kata kalau ada salah sorang dari pelajar yang tak buat keja atau tak tahu jawab soalan semua akan kena cubit. Wah!! ini dah melampau. Tak betullah cara cam tu... Aku catit dalam kalendar, kalau dia buat lagi siap, aku nak pergi jumpa sendiri.

Aku nak tanya, wahai cikgu, awak keja cikgu ni sebab awak tak dapat keja lain ke atau sebab memang minat nak jadi cikgu...? Jadi cik gu ni kalau tak minat toksah lah..buat naya bebudak je..

Anak-anak itu adalah amanah Allah kepada kita, mereka perlu dididik bukan didera. Sakit hati aku bila tengok kesan cubitan tu. Menyumpah juga aku dekat cikgu tu...Aku dapat tahu dia tengah mengandung anak pertama, dah dapat anak esok baru dia tahu macammana rasanya. Orang lain pun mengandung juga..bukan awak sorang.
Masa nak tidur lebih kurang pukul 12.30 mlm, nak set alarm kat hp, tengok El ada call dalam pukul 6.46 petang. Masa tu masih dalam perjalan pulang dari opis, tengah ride mana perasan. Bila cal balik no reply, mungkin dia pun dah tidur, dah lewat malam. Pagi tadi pukul 7.00pagi, cal pun tak jawab juga. Tengahari pukul 12.30 tengahari aku cal semula, rupa-rupanya dia bagi tau hp dia hilang dalam kelas, masa keluar kejap rehat kut...setengah jam kemudian bila dia sedar, dia berpatahbalik kekelas tapi hp dah hilang. Dah tak ada rezeki la tu.
Petang aku cal semula dia, minta dia report kehilangan dengan syarikat telekomunikasi yang dia langgan.

Tuesday, March 30, 2010

Sambungan....

Salam.
Sebenarnya..semalam masih ada yang nak dititipkan, tapi kesuntukan masa..sebab masa coretan semalam adalah selepas waktu keja masih kat opis...sewaktu tunggu hubby habis keja. Masa tengah sedap menaip dah kena balik sebab dia dah habis keja...ingat nak sambung kat rumah, tapi tau saja la bila balik semua apa yang dirancang kat opis semua tak menjadi...sampai rumah dah letih, kena layan budak comel tu lagi.
Waw masa balik opis semalam tengok awan memang mendung, tapi tak ada hujan, dah nak sampai Puncak Alam dah..dah dekat UiTM puncak alam hujan lebat...merempitlah aku dan hubby dlm hujan, nasiblah tak lencun sangat, bukan apa kalau dah lencun nak masuk kereta nanti leceh..(kereta ditinggalkan kat Taska Seri Zafran - tempat transit budak comel tu...kena bawa kereta sebab nak bawa beg sekolah petang lagi, beg baju..leceh kalau naik motor, pepagi budak comel akan dihantar ke sekolah KAFA oleh ayahnya dengan motobike dan aku akan bawa barang-barang keperluan sekolah petang dengan kereta, nanti hubby akan ambil aku dengan motor ke opis)

Sebenarnya apa yang ingin ku catatkan disini adalah pengalaman aku selepas terima keputusan peperiksaan A-Level anakku. Pada 25hb Januari 2010 keputusan akan keluar sebelah pagi,dan pada hari itu jugalah kakak kena hadir kursus BTN kat Meru pada sebelah petang kena lapur diri selama 1 minggu. Selepas kursus bermulalah kesibukan menguruskan segala borang-borang yang harus dilengkapkan dalam masa yang singkat. Alhamdulillah semuanya berjaya diselesaikan. Kakak dan kawan-kawannya semua dapat menghadiri Majlis Graduasi A-Level mereka di Seremban pada 12 Feb.2010 (dimana majlis tersebut tertangguh kerana masalah kehadiran VIP yang terlibat). Suhael bercuti hari itu, pagi kami ke Melaka hantar roadtax untuk motor Suhael, road tax dah tamat tempoh, dia nak balik naik motor. Kami ada kat Seremban suhael balik Puncak Alam petang naik motor...kesian dah la hujan kunci rumah lupa nak bagi dia...masuk pula salah jalan. (Kenangan buat dia...jalan tu bukanlah sesat pun, tapi sebab dia tak biasa dengan Shah Alam)

Walaupun pihak MARA menyediakan biasiswa, ternyata bukanlah secepat yang kita harapkan untuk mendapatkan wang perbelanjaan, sedangkan kita juga bekerja, nak buat semua urusan kena minta cuti, jadi bila ada kesempatan aku dan suami bercuti mengurus barang-barang keperluan kakak. Kami gunakan wang simpanan yang ada yang memang disimpan atas nama anak-anak dan tujuannya adalah untuk kegunaan mereka juga disaat seperti ini. Syukur Alhamdulillah...kami tidak kesempitan. Masalah kami dan juga rakan-rakan yang sama batch dengan kakak adalah tarikh keberangkatan ke luar negara masih tidak kami ketahui bila..., Cuti Raya China memang tak jalan kemana (outstation), dalam masa itu ada pengkhabaran kawan-kawan kakak ada yang dah berangkat ke luar negara. Kami cuma balik Perak sahaja. Sebelum kakak berkursus di BTN, dia sempat balik Perlis 1 minggu, jadi kira okey lah. Ikut pihak MARA, mereka akan bagitau samaada 1 atau 2 hari sebelum berangkat. Ada saudara mara espacially mak saudara kakak (bekas kakak ipar aku) rasa macam kami nak merahsiakan tarikh pemergian kakak, memang kami tak marah pun sebab kalau kami ditempat merekapun akan rasa yang sama, masalahnya kami sendiri tidak tahu lagi tarikhnya.

Hari rabu 16/2/2010 (kalau tak silap) kakak terima panggilan dari MARA dalam pukul 3.30 petang yang menyatakan tarikh berlepas kakak adalah 19/2/2010 pukul 9.40 malam. Pukul 5.00 petang mesti sampai kat airpot. Petang itu kami baru balik dari Subang Jaya, bawa kakak jumpa dengan opahnya - bekas ibu mertuaku (aku cuti sebab nak pergi buatkan Student card untuk kakak, malas nak bawa kereta ke opis, lagi pun rasa nak bersama dengan kakak sebelum beliau ke luar negara- Australia) Masa itu kami ada kat Giant Shah Alam, beli sikit-sikit lagi barang kakak (last touch-up kata orang), kakak contact semua orang yang terdekat dan kawan-kawan.(Lagi 2 hari - MARA betul-betul make it). Balik rumah malam itu kami betul-betul packlah barang-barang kakak, siap penimbang berat badan lagi....nak timbang beg....takut lebih had.

19/2/2010 petang kami pun lima beranak berangkatlah ke Airport KLIA....hantar kakak. Petang kami dan beberapa orang kawan kakak sahaja yang ada, nak daftar dulu. Pihak MARA pun ada juga menguruskan pelajar-pelajar ini dan briefing an so on..>enjelang Maghrib ramai yang datang. Lepas solat Maghrib semua berkumpul, ramai saudara-mara dan kawan-kawan kolej MARA Seremban yang datang - kawan-kawan yang tak lepas A-Level...(sian dia orang..)tapi tak apa ada hikmahnya. Didoakan mereka akan dapat yang terbaik tahun ini....Aaminn.
Masa balik baru rasa kekurangan...kehilangan, sedih pun ada juga. Adik comel diam sepanjang perjalana balik sambil tengok langit, aku curi tengok dlm cermin nampak air mata dia meleleh sedih kakak dah pergi...aku pujuk dia suruh tidur nanti pukul 9.40 malam aku suruh dia tengok kat langit kalau ada kapalterbang lalu, itu kapalterbang bawa kakaklah...dia suruh aku kejutkan dia bila time tu...he..he

Monday, March 29, 2010

Salam.
Dah lama betul tak menjengok kat sini. Sejak keputusan A Level Kakak (Liyana Jawahir) sampai saat ini. Dari keputusan tersebut terus sibuk dan bila kakak dah berangkat ke Australia pun masih lagi tak menjengok sini... susah betul nak start kalau dah "terstop". Rasa banyak nak dicurahkan kat sini tapi ntahlah...tak pula tertulis.

Walau apapun kakak dah jauh dari kami sekeluarga, cuma dari jarak sahaja tapi rasa masih dekat sesangat macam dia masih lagi ada kat Seremban. Itu lah kebaikan IT. Semalam skype dengan kakak. Tak tau macammana kita boleh pula nampak dia kat Oz tapi dia pula tak oleh nampak kita orang (ibu & adik). Ingat nak panggil ayah sekali..tapi kakak tak nampak kita orang...tak de la panggil.
Harap-harap kakak kat sana tak ada banyak masalah. Pandai-pandailah bawa diri. Ibu sentiasa berdoa untuk kesejahteraan anak-anak ibu.Jangan lupa buka Al-quran - baca. Solat jangan sesekali tinggal. Adik Suhael pun sama juga, jangan lupa semua tu..

Tadi ada hantar duit sikit kat akaun kakak di sana...nak hantar banyak tak mampu, kalau ada rezeki lebi InsyaAllah ibu bagi lebih, yang penting kena pandai berbelanja. Juga masukan duit untuk adik Suhael. Ibu tak kisahlah kalau berhabisan untuk anak-anak ibu nak belajar. Kalau boleh memang nak bagi yang terbaik untuk kamu semua. Ibu cuma ingat satu saja. Anak itu adalah amanah Allah untuk ibu. Ibu cuma tumpang rezeki anak-anak. Harapan ibu pada anak-anak ibu, bila ibu dah tak ada esok...doakan lah untuk ibu dan ayah. (Jangan sedih pula bila baca part nie...)

Tuesday, January 12, 2010

MY BIRTHDAY

Semalam, tak sempat nak update blog ni.... 11 Januari..tarikh lahirku, suami mengusik, menyatakan hari ini tarikh lahir Siti Nurhaliza. Makin bertambah usia, semakin diri kena beringat, teristimewa segi kesihatan, kena tingkatkan ibadat, pendek kata kena banyak berubahlah. Sabar pun kena banyak...kerna kata orang diusia begini cepat sangat kecil hati...kalau boleh aku nak hindarkan dari perkara begini. Aku tak nak stress!!! relax selalu, sentiasa bertenang dalam apa jua keadaan.
Kalau nak dikira, keadaan tempat kerja, kekawan dan sebagainya memang susah nak cakap. Think positive je lah semua perkara yang terjadi. Nak ambil hati, aku fikir tak perlulah...merugikan diri sendiri.
Tentang kewangan, kena lebih berjimat, anak pun dah masuk UiTM. Yang sulong tengah tunggu keputusan peperiksaan A Level KMS (Kolej Mara Seremban). Yang kecil sekali dah masuk darjah 2 Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 2. Aku berharap yang ini, bolehlah aku beri perhatian lebih sikit sebab kakak dan abang dah lepas sekolah.
Hadiah dari suami, mmmm tak apalah kalau tak beri pun, kasih sayang & pengorbanan dia pada kami sekeluarga pun dah lebih dari cukup. Aku dah cukup rasa bahagia dengan dia.
Banyak rancangan yang akan diuruskan tahun ini, kebetulan suamiku telah beli sebuah rumah teres kat Puncak Alam ini dari tangan orang. Sekarang ni tinggal kat apartment atas nama aku di tempat yang sama. Rumah Flat kat Taman Medan milik suamiku juga dalam proses pindah milik kepada penyewa sekarang. (Jual kepada penyewa). Semua masih dalam proses. Rumah teres tu mungkin dalam 1 bulan lagi, kami boleh dapat kunci.
Puh!! tak tahu macam mana pula nak renovate rumah tu nanti. Rumah itu sebenarnya belum pernah diduduki oleh pemiliknya, memang totally apa pun tak usik, seolah-olah kami beli dari pemaju. Nak masuk pun tak boleh lagi, kunci belum diserahkan. Masuk sekali sahaja dulu masa belum beli lagi sebab nak tengok keadaan didalamnya.
Apa-apa pun semua dalam tahun ini juga....

Friday, January 8, 2010

JPJ TEST

Pagi tadi hantar my doughter Liyana ujian memandu dengan JPJ kat Harmony Driving Academy, Kuang. Hujan lebat sesangat...diaorang start pun agak lambat..habis pun lambat juga la. Tapi syukur Alhamdulillah - lulus. Lama sungguh dia belajar...ialah masa nak start belajar dah kena masuk Kolej. Siap kena tipu dengan agen lagi...Pengalaman pahit ke masam tak tahu lah.
Walau apa pun perkara dah jadi kenangan, ambil sebagai pengajaran je la... Aku pun dah tak nak ingat lagi lah. STOP.
Esok aku kena pegi keja lah, sbb minggu ini selang sehari kerja, cuti, kerja, cuti. Statistik kena hantar 10hb., esok 9hb. Lepas tu kena tolong geng balut hadiah untuk Family Day RRM 23hb.
Lepas tu pegi kenduri rumah Fatimah Dolah, kawinkan anak dia...Anak aku lambat lagi la...baru nak start belajar, masih kat Kolej lagi, tu la rugi dapat anak lambat. Apa nak buat rezeki Allah yang bagi, syukur.
Yang kecil nie biasalah manjanya lebih-lebih...dia dah mengantuk la tu, nak ajak aku tido..dok mengendeng kat belakang aku nih. Okey lah aku nak tidokan dia...Goodnite.

Thursday, January 7, 2010

Belajar Memandu

Salam. Hari ini aku mengambil cuti untuk menghantar anak aku yang sulung untuk kelas memandu dia. Ini untuk preparation sahaja memandangkan hari Jumaat ini ada test JPJ. Aku harap anak aku lulus, kalau tak alamatnya, terbanglah lagi wang ringgit untuk ulangannya. Tidak mengapa, kalau ada rezeki tu, adalah.

Dalam perjalanan selalunya aku akan berbual - bual pelbagai perkara dengan anak aku. Tetapi memandangkan dia akan mengambil test, aku pun ceritalah sedikit tips2 yang aku tahu dari guru memanduku dahulu. Aku masih ingat kata - kata beliau, Mr.Pang. Sampai sekarang masih ingat. Itulah jasa guru barangkali. Beliau selalu berpesan padaku,

" Setiap kali tukar gear mesti smooth. Kalau boleh, jangan bagi penumpang perasan pun yang kita sedang tukar gear.."

" Kereta ini ibarat mainan, kita yang control dia, so jangan sesekali panic, mesti relax. Barulah kita dapat menguasainya.."

Jadi, setiap apa pun yang kita lakukan, yakin dan confident dengan diri sendiri. InsyaAllah, boleh.

Monday, January 4, 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Selamat Tahun Baru 2010 dah 4hb Januari 2010 dah hari ini. Cuti hantar anak masuk sekolah, kelas baru. Nak bayar yuran bebagai. Baju anak saiznya pun dah lebih besar...nampak sangat aku pun dah makin tua...
Macam-macam hal yang berlaku sepanjang tahun lepas, terakhir adalah tragedi kemalangan bas express Sani Express. Apa-apa pun perkara yang dah terjadi dah berlaku..kata orang hidup maesti diteruskan selagi nadi berdenyut. Semuga 2010 akan lebih baik lagi. Tapi nampaknya macam harga barang akan naik lagi...baru permulaan tahun baru dah diserikan dengan harga gula naik. Alasan bahan mentah gula naik. Logik atau tidak alasan itu, fikirlah sendiri. Apa-apa pun setiap kenaikan harga barang akan menyusahkan golongan marhain ini.
Orang kaya memang tak akan perasan pun harga barang naik...sebab mereka ini bukannya pergi kedai beli barang. Yang diorang tau....semua dah tersedia dan tak perasan pun harga barang dah naik..
Bilakah negara ini akan dipimpin oleh Khalifah Islam yang berjiwa Islam.....yang takut dengan soalan Allah...??