Thursday, March 8, 2012

Hari Wanita sedunia 8 Mac............

Subhanallah.....betapa Islam itu telah mengangkat darjat wanita begitu tinggi sekali.

1. Doa wanita lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyanyang yang lebih kuat drp lelaki. Rasulullah S.A.W ketika ditanya hal ini menjawab " ibu lbih penyayang dari bapa dan doa org yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Barang siapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam Syurga.

6. Barang siapa yang mempunyai 3 anak perempuan atau 3 saudara perempuan atau 2 anak perempuan atau 2 saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka".

8. Syurga itu dibawah telapak kaki Ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan dilaut, burung diudara, malaikat dilangit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga solat dan puasanya).

12. Aisyah r.a berkata " Aku tanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda " suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?". Jawab Rasulullah S.A.W. "Ibunya".

13. Perempuan apabila solat 5 waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk drp 1,000 lelaki yang jahat.

22. Solat 2 rakaat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

23. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

24. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan apabila dia hiburkan hati anaknya, Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

28. Wanita yang memerah susu binatang dengan "Bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "Bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.

31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

33. Wanita yg bersalin dpt pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

34. Sekiranya wanita mati dlm masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.

35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 thn solat.

36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 thn), maka malaikat-malaikat dilangit akan kabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

37. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

38. Jika wanita memicit/mijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

39. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

40. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

41. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah diakhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Allahhu Akbar...

Friday, February 24, 2012

mStar Online : Pelajar Tahun Akhir Program Pengajian Media UiTM Melaka Anjur Pameran Komunikasi Islam

mStar Online : Pelajar Tahun Akhir Program Pengajian Media UiTM Melaka Anjur Pameran Komunikasi Islam

Abang ajak ibu pi sini. InsyaAllah ibu akan pi tengok projek abang & group. Ibu kena pi hari Ahad, pasai hari Sabtu ayah kena ride ke JB. Adik ajak ibu pi hari Sabtu tidoq di Melaka, biasa la adik Mia tu bab berjalan makan angin, dia la Master Mindnya. Tapi tak dapat la nak ikut semua kehendak dia, bengkrap la ibu mo kalau dok ikut plan dia ja.
Abang, ibu doakan abang dan semua pelajar yang buat projek ni dapat yang terbaik. InsyaAllah. Mudah-mudahan kalian semua diberkati Allah dan dipermudahkan segala urusan. Abang jangan lupa solah dan baca Al-quran ya... Ibu selalu telepon Chak, Chak selalu tanya kakak, abang & adik. Selalu Chak tanya bila abang nak balik kampung. Ibu ingat cuti nanti abang pi balik kampung na...sian kat Chak & Tok. Masa balik kampong awai bulan ari tu, tok dok tanya abang, berulang kali, pertanyaan yang sama dan ibu pun bagitau dia benda yang sama. Kakak tergelak, dia kata teringat kes "burung murai"...

Thursday, February 16, 2012

Ayah....


Aku ingin coretkan kisah ayah...tapi belum apa-apa, ayaq mata dah bertakung dlm tasik mata ni...Aku tak nak dok kenang atau coretkan yang sedih2, tapi yg gembiranya apa ya...
Kesian kat ayah....itu je la yg termampu aku dpt lafazkan, tapi ayah kata takpalah, itu ujian dekat dia, dia redho dan terima semuanya. Kata ayah, itulah bila kita dah tua macam tu lah...masa dah makin dekat. Selagi ayah mampu, ayah tetap jaga mak seadanya sebab itu wajib bagi ayah. Aku sebagai anak, sesak rasa napas. Aku cuma mampu berdoa je la setiap waktu untuk depa dua orang. Sering juga aku hadiahkan Fatihah bagi kat depa, kekadang sampai aku menangis.
Terima kasih juga aku pada radio Sinar yg sering menyiarkan rakaman nasihat dari Dato' Dr Mohd Fazilah Kamsah yg sentiasa mengingatkan betapa perlunya kita sering menghubungi kedua ibubapa kita dan jangan biarkan mereka rindu dengan anak-anak, takut-takut kita menjadi anak derhaka. Yang ini timboi juga peristiwa lucu tapi serius bagi Mia, bila aku ceritakan nasihat DMFK ni, dia terus tanya bagaimana pula kalau rindu seorang adik kepada kakaknya...? (so...sweet..)
Mak kadang-kadang ingat, kadang-kadang pelupa...amnesia kut. Adik aku tiap bulan memang akan balik kampung menjenguk kedua org tua kami. Moga Allah memberkati hidupnya sekeluarga. Untung juga dia jadi surirumah dan terimakasih untuk suaminya yang mengizinkan. Semoga hidup kalian bahagia dunia akhirat. Kata adikku, semasa dia balik kampung, mak selalu mengadu sakit la...dan macam-macam hal, tapi mungkin masa tu memang dia sakit badan kata ayah. Tapi masa aku balik semasa cuti Maulidulrasul hari tu, tak ada pula, sihat je...dok senyum aje, tapi asyik tanya anak jantan aku tu kenapa tak balik. Cuma mak sering bertanya benda yang sama setiap kali. Jawapan aku juga adalah benda yang sama (ayat sama). Kata kakak, teringat kisah burung murai... Mak masih macam tu la...dah lama. Pergerakannya dengan mengesut...dah tu kerap pula buang ayaq kecik, kadang-kadang tu aku rasa ayaq kencing tu bukan banyak pun. Lantai kena mob selalu sebab kadang-kadang tak dan nak sampai kat bilik ayaq pun dah..... Mak memang susah buang ayaq besaq, tapi bila dah buang ayaq besaq....itu lah yang buat aku sedih sangat mengenangkan nasib ayah.
Ayah mandikan mak, siapkan mak....siapkan makan minum. Mak pula kalau ditanya nak makan ke, selalu tak nak...tapi bila ayah balik mesti nak makan. Mungkin nak ayah sediakan juga. Ya la....mereka dah lama hidup berdua saja, sejak anak-anak aku dah belajar kat kolej. Sebelum ni mak lah yang jaga mereka. Masa balik hari tu, kakak (anak aku- Liyana) selalu bagi tau mak yang dia dan adik (Suhael) maklah yang jaga dari kecil sampai besar. Mak senyum je...ingat ke tidak aku pun tak tahu, kadang-kadang dia panggil Liyana adik, kekadang kakak. Agaknya masa dia panggil kakak tu dia ingat la...masa panggei adik tu tak ingat kut...
Ayah....,beruntung mak dapat suami macam ayah, ayah terima ujian dari Allah dan terima mak seadanya. Ayah jaga mak dengan baik sekali, tak pernah ayah tinggi suara. Ayah jenis tak banyak cakap. Apa yang keluar dari mulut ayah, hanya yang perlu sahaja...tak pernah aku dengar ayah berleter. Ayah banyak berkorban bagi keselesaan pada adik-adik dan anak-anak buah dia...ayah tak pernah kisah kalau pun adik-adik dan anak-anak buah dia ambil kesempatan diatas keikhlasan dia. Cuma kadang-kadang aku sakit hati juga, sebab kebajikan ayah jarang anak-anak buahnya ambil berat. Buat masa ni apa yang aku nampak, hanya Pak Ndak saja yang paling rapat dengan ayah. Pak Ndak tidak berkira, tapi dia pun bukanlah orang yang senang. Anak-anak buah asyik suka meminta dan meminjam je dari ayah...sakit juga hati aku bila difikir-fikirkan.
Lagi sorang ni anak ayah...ntahlah, kalau tak sebab anak-anak susah la nak balik jengok orang tua tu. Aku ada juga basuh dia dan nampaknya selepas aku basuh tu ada la balik jenguk ayah & mak. Walhalnya dia lagi dekat dari aku dan adik aku dengan kampung. Nak kata ada anak kecik sekolah, tak ada. Setahu aku anak dia paling kecik tu dah layak jadi mak orang dah...
Ayah.... adakah suami aku akan ...... jika aku....Ya Allah....rahmatilah hidup mak & ayah aku, kau ampunilah segala dosa mereka.



Ya Allah...ampunilah dosa-dosaku. Aaminn.

Monday, February 13, 2012

Bagaimana kilat, petir dan guruh terjadi?

Puhh!! setahun tak layan blog...ntah apa yg sibuk tak tau lah...semalam petang 12/2/2012 keluar ke Shah Alam. Layan kakak pegi beli barang komputer & sedikit barangan sebelum fly ke aussie 17/2 ni...masa dah sampai kat Shah Alam hujan lebat selebatnya. Sampai kat Shah Alam Mall susah sungguh cari parking cos semua org nak parking kat bawah bangunan, hujan....kalau tidak parking kosong je... Sampai kat dlm tengok kat luar eh hujan dah seryat dah eih..tak dak setitik pun. Masa balik lepas solat Maghrib kat tkt.4 tu sampai kat Bangunan HPA...angin kuat juga...sampai jln besar nak menghala ke Puncak Alam hujan turun terus lebat...tak nampak jalan..... masuk ke H Way Puncak Alam masih lebat siap dengan kilat yg memang terang benderang dan guruh yang kuat. Kecut perut rasanya....Mia tanya macam mana kilat dan guruh tu jadi....kakak kata dari segi saintifik kilat berlaku sebab ada pertembungan udara dlm awan yang mewujudkan caj negetif dan positif....

Ini ada penerangan yg didapati hasil serch kat internet dari BLOG ELETRIK & ELEKTRONIK. Mohon keizinan untuk copy & paste kat sini demi ilmu pengetahuan.

Bagaimana kilat, petir dan guruh terjadi?
Posted on 01/08/2009


Petir - Fenomena Alam
Kilat terjadi apabila udara turun naik di dalam awan mengakibatkan pemisahan cas positif dan negatif. Kilat adalah nyahcas yang terhasil apabila perbezaan cas elektrik di antara permukaan bumi dan atmosfera yang cukup besar untuk mengatasi kesan penabatan udara.
Kilat adalah cahaya terang yang terbentuk sewaktu pelepasan elektrik ke atmosfera ketika hujan ribut. Petir boleh berlaku ketika regangan elektrik pada dua titik terpisah dalam satu awan, antara awan dan permukaan tanah atau antara dua permukaan tanah.
Ribut petir pula ditakrifkan oleh Pertubuhan Kaji Cuaca Sedunia (WMO) sebagai kejadian satu atau lebih nyahcas elektrik secara tiba-tiba menghasilkan lintasa cahaya (kilat) dan bunyi guruh.
Ia akan berkembang secara menyisi dan menegak menjadi awan padat yang lebih besar yang disebut sebagai awan kumulosnimbus, dengan pergolakan kuat di dalamnya dan aliran keluar yang kuat di bawah dasarnya.
Kilat boleh terjadi sama ada di dalam awan, dari awan ke awan, atau antara awan dengan permukaan bumi. Kilat kerap menyambar di luar kawasan hujan lebat dan boleh berlaku sejauh 16 kilometer dari kawasan hujan berkenaan.
Udara kawasan dipanah kilat menjadi panas dan mencapai suhu melebihi 27,000 °C, lebih panas daripada permukaan matahari. Pemanasan dan penyejukan cepat udara berhampiran kawasan yang terkena kilat menghasilkan renjatan gelombang yang mengejut lalu menghasilkan guruh. Satu kilat mampu menghasilkan elektrik yang besar daripada apa yang dihasilkan oleh Amerika.
Satu kali kilat menyambar, ia memiliki tenaga yang boleh menyalakan sebiji mentol 100 watt selama 3 bulan. Satu samabran kilat mengandungi kekuatan elektrik sebesar 20,000 Ampere. Kilat bergerak dengan kecepatan 150,000 kilometer sesaat atau separuh kecepatan cahaya dan 10,000 kali ganda lebih cepat dari bunyi.
Kilat terjadi dalam bentuk sekurang-kurangnya dua sambaran. Pada sambaran pertama, muaran negatif mengalir dari awan ke permukaan tanah. Sejumlah kilat bercabang biasanya dapat dilihat menyebar keluar dari jalur kilat utama. Ketika sambaran pertama ini tida di permukaan tanah, satu muatan bertentangan terbentuk pada titik yang akan disambarnya dan arus kilat kedua yang bermuatan positif terbentuk dari dalam jalur kilat utama terus menuju ke awan.
Dua kilat berkenaan biasanya bertemu kira-kira 50 meter di atas permukaan tanah. Arus pendek terbentuk di titik pertemuan antara awan dan permukaan tanah itu dan hasilnya satu arus elektrik yang sangat kuat dan terang mengalir dari dalam jalur kilat utama menuju ke awan.Perbezaan tegangan aliran elektrik antara awan dan permukaan tanah ini melebihi beberapa juta volt.
Saintis mengatakan kilat mampu menyambar semua benda yang terdedah di pemukaan bumi seperti bangunan, tangki, pokok, puncak bukit, kenderaan, menara telekom, lampu, haiwan, dan manusia yang berada di luar rumah ketika ribut petir seperti ahli sukan, pemain golf dan pejalan kaki.