Tuesday, June 24, 2008

SAKIT GIGI

Aku sedikit pelik, hairan pun ada juga. Kenapa sesetengah orang takut dengan Doktor Gigi. Masa sakit, memang ingat doktor gigi, tapi bila dah sembuh hagham...Takut nak jumpa Doktor Gigi...aku lah salah seorang dari manusia-manusia yang memang seram nak jumpa doktor gigi.

Sekarang ni anak aku yang kecil sekali pula yang jadi sama macam aku. Ini yang buat aku risau. Nak paksa dia aku pun apa kurangnya. Aku melahirkan anak seramai 3 orang. Ketiga-tiga semua melalui pembedahan. Anak ketiga bius separuh sahaja dan aku sempat lagi tengok doktor tengah belah perut aku dan masa keluarkan anak dari dalam perut aku, aku sempat tengok sehingga aku bersuara, doktor perasan aku tengok dan tutup muka aku, pun aku masih berani. Kenapa bila nak jumpa Doktor Gigi aku takut. Apakah cara supaya boleh buat seseorang itu tak akan takut jumpa Doktor Gigi, aku nak ikut cara itu kalau ada.

Gigi aku memang dah longgar dan dah rosak pula tu...dan dah pecah tinggal sebelah saja. Setiap kali makan aku terpaksa berus gigi. Pendekkata tak tahulah berapa kali sehari aku gosok gigi, sebab makanan dah masuk dlm lubang gigi aku. Bila aku rasa nak pergi kelinik gigi, sampai saja aku dah berdebar-debar. Tunggu apa lagi blah la....

Masa sekolah dulu dan sehingga dapat kerja aku selalu pastikan aku berjumpa Doktor Gigi untuk pastikan gigi aku elok. Masa sekolah aku pernah balik tanpa jumpa Doktor Gigi selepas nama dah diregister di Kelinik Gigi di Hospital Kangar. (Aku ajak emak aku balik masa tengah tunggu giliran dipanggil - masa tu mak aku temankan) Tapi mungkin sebab sudah terbiasa, bila dah bekerja aku dengan sendiri pergi berjumpa Doktor Gigi dan aku tak pasti masa itu aku takut atau tidak. Setahu aku, aku memang takut.

Sampai bila perasaan takut aku ini akan hilang aku pun tak tahu, yang pasti aku berazam nak juga cabut gigi aku yang buat aku tak selesa ni...

Salam..

Friday, June 20, 2008

Salam Pembukaan


Assalamu'alaikum,

Aku baru nak belajar joint blogger ni. Asyik baca blog orang saja, aku rasa baik aku cuba juga, rasa macam rugi kalau tak menggunakan kemudahan IT yang ada. Aku rasa tak salah kalau untuk kebaikan sejagat. Dengan cara ini manusia boleh berhubung antara satu dengan lain. Kalau ada pengalaman atau sesuatu yang baik boleh dijadikan iktibar. Aku rasa lebih kepada dairy. Kita boleh tulis apa saja, curahkan perasaan dan macam-macam.
Aku sebenarnya bukanlah seorang penulis yang baik. Lama benar rasanya aku tidak menulis. Dulu sering juga aku mencatitkan dalam dairy, penuh setiap muka surat. Sekarang dairy pun dah tak ku jengok lagi. Entah apa yang aku sibukkan aku pun tak tahu.
Aku rasa cukup dulu untuk permulaan.

Salam.