Wednesday, March 31, 2010

Cikgu oh cikgu...

Terkejut bila anak kecik ku minta aku tengok kat lengannya bengkak dan ada kesan lebam dan sedikit kesan darah dan dia bagi tau yang dia kena cubit dengan cikgunya. Marah pun ada rasanya...aku tak kisah kalau kena cubit tu sebab ada juga dia bagitau kekadang cikgu cubit kat perut kalau jawab soalan salah. Yang ini aku marah sebab kesan tu dah tentu sakitnya bukan kepalang. Aku tanya kenapa cikgu tu cubit, dia nakal ke atau tak buat keja rumah yang diberi ke atau apa-apa ke?. Dia kata tak ada...cikgu tu baik je katanya, tapi cikgu tu kata kalau ada salah sorang dari pelajar yang tak buat keja atau tak tahu jawab soalan semua akan kena cubit. Wah!! ini dah melampau. Tak betullah cara cam tu... Aku catit dalam kalendar, kalau dia buat lagi siap, aku nak pergi jumpa sendiri.

Aku nak tanya, wahai cikgu, awak keja cikgu ni sebab awak tak dapat keja lain ke atau sebab memang minat nak jadi cikgu...? Jadi cik gu ni kalau tak minat toksah lah..buat naya bebudak je..

Anak-anak itu adalah amanah Allah kepada kita, mereka perlu dididik bukan didera. Sakit hati aku bila tengok kesan cubitan tu. Menyumpah juga aku dekat cikgu tu...Aku dapat tahu dia tengah mengandung anak pertama, dah dapat anak esok baru dia tahu macammana rasanya. Orang lain pun mengandung juga..bukan awak sorang.
Masa nak tidur lebih kurang pukul 12.30 mlm, nak set alarm kat hp, tengok El ada call dalam pukul 6.46 petang. Masa tu masih dalam perjalan pulang dari opis, tengah ride mana perasan. Bila cal balik no reply, mungkin dia pun dah tidur, dah lewat malam. Pagi tadi pukul 7.00pagi, cal pun tak jawab juga. Tengahari pukul 12.30 tengahari aku cal semula, rupa-rupanya dia bagi tau hp dia hilang dalam kelas, masa keluar kejap rehat kut...setengah jam kemudian bila dia sedar, dia berpatahbalik kekelas tapi hp dah hilang. Dah tak ada rezeki la tu.
Petang aku cal semula dia, minta dia report kehilangan dengan syarikat telekomunikasi yang dia langgan.

Tuesday, March 30, 2010

Sambungan....

Salam.
Sebenarnya..semalam masih ada yang nak dititipkan, tapi kesuntukan masa..sebab masa coretan semalam adalah selepas waktu keja masih kat opis...sewaktu tunggu hubby habis keja. Masa tengah sedap menaip dah kena balik sebab dia dah habis keja...ingat nak sambung kat rumah, tapi tau saja la bila balik semua apa yang dirancang kat opis semua tak menjadi...sampai rumah dah letih, kena layan budak comel tu lagi.
Waw masa balik opis semalam tengok awan memang mendung, tapi tak ada hujan, dah nak sampai Puncak Alam dah..dah dekat UiTM puncak alam hujan lebat...merempitlah aku dan hubby dlm hujan, nasiblah tak lencun sangat, bukan apa kalau dah lencun nak masuk kereta nanti leceh..(kereta ditinggalkan kat Taska Seri Zafran - tempat transit budak comel tu...kena bawa kereta sebab nak bawa beg sekolah petang lagi, beg baju..leceh kalau naik motor, pepagi budak comel akan dihantar ke sekolah KAFA oleh ayahnya dengan motobike dan aku akan bawa barang-barang keperluan sekolah petang dengan kereta, nanti hubby akan ambil aku dengan motor ke opis)

Sebenarnya apa yang ingin ku catatkan disini adalah pengalaman aku selepas terima keputusan peperiksaan A-Level anakku. Pada 25hb Januari 2010 keputusan akan keluar sebelah pagi,dan pada hari itu jugalah kakak kena hadir kursus BTN kat Meru pada sebelah petang kena lapur diri selama 1 minggu. Selepas kursus bermulalah kesibukan menguruskan segala borang-borang yang harus dilengkapkan dalam masa yang singkat. Alhamdulillah semuanya berjaya diselesaikan. Kakak dan kawan-kawannya semua dapat menghadiri Majlis Graduasi A-Level mereka di Seremban pada 12 Feb.2010 (dimana majlis tersebut tertangguh kerana masalah kehadiran VIP yang terlibat). Suhael bercuti hari itu, pagi kami ke Melaka hantar roadtax untuk motor Suhael, road tax dah tamat tempoh, dia nak balik naik motor. Kami ada kat Seremban suhael balik Puncak Alam petang naik motor...kesian dah la hujan kunci rumah lupa nak bagi dia...masuk pula salah jalan. (Kenangan buat dia...jalan tu bukanlah sesat pun, tapi sebab dia tak biasa dengan Shah Alam)

Walaupun pihak MARA menyediakan biasiswa, ternyata bukanlah secepat yang kita harapkan untuk mendapatkan wang perbelanjaan, sedangkan kita juga bekerja, nak buat semua urusan kena minta cuti, jadi bila ada kesempatan aku dan suami bercuti mengurus barang-barang keperluan kakak. Kami gunakan wang simpanan yang ada yang memang disimpan atas nama anak-anak dan tujuannya adalah untuk kegunaan mereka juga disaat seperti ini. Syukur Alhamdulillah...kami tidak kesempitan. Masalah kami dan juga rakan-rakan yang sama batch dengan kakak adalah tarikh keberangkatan ke luar negara masih tidak kami ketahui bila..., Cuti Raya China memang tak jalan kemana (outstation), dalam masa itu ada pengkhabaran kawan-kawan kakak ada yang dah berangkat ke luar negara. Kami cuma balik Perak sahaja. Sebelum kakak berkursus di BTN, dia sempat balik Perlis 1 minggu, jadi kira okey lah. Ikut pihak MARA, mereka akan bagitau samaada 1 atau 2 hari sebelum berangkat. Ada saudara mara espacially mak saudara kakak (bekas kakak ipar aku) rasa macam kami nak merahsiakan tarikh pemergian kakak, memang kami tak marah pun sebab kalau kami ditempat merekapun akan rasa yang sama, masalahnya kami sendiri tidak tahu lagi tarikhnya.

Hari rabu 16/2/2010 (kalau tak silap) kakak terima panggilan dari MARA dalam pukul 3.30 petang yang menyatakan tarikh berlepas kakak adalah 19/2/2010 pukul 9.40 malam. Pukul 5.00 petang mesti sampai kat airpot. Petang itu kami baru balik dari Subang Jaya, bawa kakak jumpa dengan opahnya - bekas ibu mertuaku (aku cuti sebab nak pergi buatkan Student card untuk kakak, malas nak bawa kereta ke opis, lagi pun rasa nak bersama dengan kakak sebelum beliau ke luar negara- Australia) Masa itu kami ada kat Giant Shah Alam, beli sikit-sikit lagi barang kakak (last touch-up kata orang), kakak contact semua orang yang terdekat dan kawan-kawan.(Lagi 2 hari - MARA betul-betul make it). Balik rumah malam itu kami betul-betul packlah barang-barang kakak, siap penimbang berat badan lagi....nak timbang beg....takut lebih had.

19/2/2010 petang kami pun lima beranak berangkatlah ke Airport KLIA....hantar kakak. Petang kami dan beberapa orang kawan kakak sahaja yang ada, nak daftar dulu. Pihak MARA pun ada juga menguruskan pelajar-pelajar ini dan briefing an so on..>enjelang Maghrib ramai yang datang. Lepas solat Maghrib semua berkumpul, ramai saudara-mara dan kawan-kawan kolej MARA Seremban yang datang - kawan-kawan yang tak lepas A-Level...(sian dia orang..)tapi tak apa ada hikmahnya. Didoakan mereka akan dapat yang terbaik tahun ini....Aaminn.
Masa balik baru rasa kekurangan...kehilangan, sedih pun ada juga. Adik comel diam sepanjang perjalana balik sambil tengok langit, aku curi tengok dlm cermin nampak air mata dia meleleh sedih kakak dah pergi...aku pujuk dia suruh tidur nanti pukul 9.40 malam aku suruh dia tengok kat langit kalau ada kapalterbang lalu, itu kapalterbang bawa kakaklah...dia suruh aku kejutkan dia bila time tu...he..he

Monday, March 29, 2010

Salam.
Dah lama betul tak menjengok kat sini. Sejak keputusan A Level Kakak (Liyana Jawahir) sampai saat ini. Dari keputusan tersebut terus sibuk dan bila kakak dah berangkat ke Australia pun masih lagi tak menjengok sini... susah betul nak start kalau dah "terstop". Rasa banyak nak dicurahkan kat sini tapi ntahlah...tak pula tertulis.

Walau apapun kakak dah jauh dari kami sekeluarga, cuma dari jarak sahaja tapi rasa masih dekat sesangat macam dia masih lagi ada kat Seremban. Itu lah kebaikan IT. Semalam skype dengan kakak. Tak tau macammana kita boleh pula nampak dia kat Oz tapi dia pula tak oleh nampak kita orang (ibu & adik). Ingat nak panggil ayah sekali..tapi kakak tak nampak kita orang...tak de la panggil.
Harap-harap kakak kat sana tak ada banyak masalah. Pandai-pandailah bawa diri. Ibu sentiasa berdoa untuk kesejahteraan anak-anak ibu.Jangan lupa buka Al-quran - baca. Solat jangan sesekali tinggal. Adik Suhael pun sama juga, jangan lupa semua tu..

Tadi ada hantar duit sikit kat akaun kakak di sana...nak hantar banyak tak mampu, kalau ada rezeki lebi InsyaAllah ibu bagi lebih, yang penting kena pandai berbelanja. Juga masukan duit untuk adik Suhael. Ibu tak kisahlah kalau berhabisan untuk anak-anak ibu nak belajar. Kalau boleh memang nak bagi yang terbaik untuk kamu semua. Ibu cuma ingat satu saja. Anak itu adalah amanah Allah untuk ibu. Ibu cuma tumpang rezeki anak-anak. Harapan ibu pada anak-anak ibu, bila ibu dah tak ada esok...doakan lah untuk ibu dan ayah. (Jangan sedih pula bila baca part nie...)