Thursday, January 31, 2013

SERABUT

 
 
Serabut sungguh kepala ni.. dok pikiaq macamana nak kemas rumah yang dah jadi macam kapai pecah tu...Dah tak tau nak susun lagu mana dah, melainkan buang jer benda-benda yang dah lama tak guna. Kali ni tak peduli dah, aku nak buang je benda-benda yang dah tak pakai tu.
Kalau tengok rumah woi... macam setor pun ada. Nak buang barang, ada pulak yang kata sayang la... kali ni tak kira dah. Nasib la...
Baru telefon Nurul Aini Ahmad untuk derma buku-buku. Tarikh tutup dah lepas 28 Januari 2013. Dia kata boleh lagi kalau hari Isnin 4 Februari pagi-pagi antar kat dia. Orang dah nak datang ambil hari tu. Eh boleh jer...  Ni iklan dia...
 
 

NOTE:
 
  1. Buku-buku terpakai ini akan didermakan kepada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  2. Semua jenis buku adalah diterima untuk menambah koleksi perpustakaan USIM termasuk novel / buku fiksyen
  3. Buku-buku pembelajaran seperti buku teks / buku rujukan / buku universiti juga diterima
  4. Sila hantar buku-buku tersebut ke Business Finance ITNT, Level 9 Selatan, Menara TM (cubical Nurul Aini)
  5. Sila hantar buku-buku tersebut sebelum 28 Januari 2013
  6. Sila hubungi Nurul Aini sama ada melalui email nuraini1@tm.com.my atau telefon 011-18300076

 Bab buku ni... settle la kut.... Yang barang-barang lain camno ek... Hari tu dah bagi derma kat Masjid Subang, pakaian dan beg-beg sekolah dan beg-beg dokumen yang memang banyak kat rumah. Ada yang masih dalam plastik lagi (tak pakai lagi) Ini barang-barang sampingan macam flask Air, Bekas pemanas nasi dan lain-lain. Barang mainan pun banyak gak. Banyak dah keluarkan dari rumah tu tapi masih banyak lagi. Serabut ni bukan apa, anai-anai dah bersarang kat rumah. Bila barang-barang dah dipunggah dan tu rumah apartment pula dah ada pembeli, jadi semua barang-barang kat rumah apartment tu kena lah dipindahkan kat rumah ni... tambah-tambah la berserabut. Bukan tongkang pecah lagi... tu la yang kata kapai pecah tu...
Esok hari Wilayah, boleh la kut berkemas.. Hurrey!!! esok CUTI. Amirah kena duduk transit juga la...senang sikit berkemas. Kakak Kerja.. Hubby aku tu, aku nak suruh dia pegi ride la kemana-mana. Tanjung Malim ke... Yik Mun. Heh! jangan aku ngikut sudah!!! kang keja tak jalan.

Wednesday, January 23, 2013

NAK KATA JIWA KACAU TAK ADALAH.....MEMBRONTAK PUN TAK!!!

Kekadang rasa seperti tersisih, seperti dirasakan tak ujud kut.... Kalau nak merajuk pun rugi je....Malas lah nak berkesah... biarlah dulu, kalau tegur, semestinya ada alasan sendiri. Nanti hati juga yang sakit. So.. suka hatilah asal masing-masing bahagia dengan cara masing-masing. Perasan memang perasan... tapi kenapa ya... tak ada jawaban.. Soalnya boleh saja bersama. Pelik sungguh. Orang lain rasanya tak macam ini kut... Nak paksa diri ikut aja... hai!! tak mahu lah.. jiwa tersiksa buat apa. Tak tenang. Nanti barulah jadi jiwa kacau dan membrontak lalu berantakan. hah!!


Friday, January 18, 2013


Pencipta : M Nasir (lagu) Nasir Jani (lirik)????

Bloodshed - Srikandi Cinta Ku

Dingin malam tirai kenanganku
Menyerlahkan sekurun ingatan
Terciptalah rimba kehidupan
Percintaan dalam perjuangan


Kesetiaan sebagai bekalan
Bisikan penuh pengharapan
Tiada garis dapat memisahkan
Segalanya kudratMu Tuhan


Alam bagai mengerti
Segala yang terjadi
Embun menitis panas simpati
Pertemuan tiada awal akhir


Perutusan berdarah ku terima
Gugur kuntum di tengah halaman
Medan ini kurasakan sepi
Terpaku pilu


Ku semaikan pepohon kemboja
Yang bunganya adalah hati ku
Semadilah dalam kedamaian
Semangatku tetap bersamamu


Kan kuusung oh! jenazah cinta
Semadikan nisan kasih suci
Semangatmu tetap bersamaku
Selama pasti


Debu malam meragut kenangan
Menyedarkan dari lamunanku
Percintaan dalam perjuangan
Kau abadi Srikandi Cintaku


Penulis lirik sebenar:
http://adnansmile.blogspot.com/2009/03/siapa-sebenarnya-penulis-lirik-srikandi.html

Wednesday, January 16, 2013

M. Nasir
Keroncong Untuk Ana 2


Setelah lama berjauhan
Baru kini engkau terasa
Sedalam mana cinta
Yang terbenam di lubuk hatiku

Apakah sebenarnya
Rahsia yang engkau sembunyikan
Hingga sanggup berpaling
Dari hakikat sebenar-benarnya

Marilah ku huraikan
Kekusutan yang engkau alami
Sambil kita nyanyikan
Keroncong cinta kita dahulu
Ana

Bentangkanlah lembaran
Kasih sayang baru untuk kita
Dan semuga hendaknya
Akan bertapak mahligai bahgia



Sedap lagu ni....

Tuesday, January 15, 2013

Salam 2013

Syukur masih bernafas di 2013. 11 January tarikh dilahirkan. Baru berlalu, setiap tahun tak ada yang istimewa... cuma harapan dan berusaha untuk jadi insan yang lebih baik dari yang lepas-lepas. Berpuas hati dengan apa yang ada... berusaha untuk mencapai impian. Harapan semoga anak-anak berjaya dalam hidup dunia akhirat. Semoga menjadi insan yang berguna untuk agama dan umat manusia lain. Nak rasa lain sangat pun tak ada juga, sepatutnya Awal Muharram itu yang harus ditekankan. Tapi apa nak buat dah satu dunia guna tahun Masehi.

Sebut pasal tahun baru... bila direnung cara sambutan orang sekarang, takut pun ada. Macam-macam cara sambutan yang entah apa-apa. Syukur Alhamdulillah, kat Selangor ada program yang baik, tak ada countdown. Program keagamaan yang dianjurkan berjaya menarik golongan muda-mudi dari lepak untuk countdown.

Tahun baru Masehi ni belum balik kampung lagi. Nak balik kena ada cuti perayaan baru rasa berbaloi. Lagi pun kakak tengah intern. Biasalah bukan boleh nak cuti macam orang bekerja. Itu pun tak cukup kalau nak kira 60 hari berkerja dari awal Disember hari tu... Kat Malaysia ni banyak cuti. Raya China nanti bolehlah balik kampung. Balik ni pun satu hal jugalah. Tol & minyak dah makan belanja banyak... belanja itu ini.. adoi, sesak jugak. Walauapa pun kena juga balik kampung demi ayah & mak. Hal-hal yang selepas tu pikir kemudian lah.

Amirah dah masuk tahun 5. Semakin pandai juga uruskan diri sendiri. Semakin boleh bertolak ansur. Lega sikit. Harapanku semoga dia dah boleh fikir penting untuk dia belajar lebih sikit. Tahun ini untuk kelas Kafa ada peperiksaan. Sejak kakak buat internship ni... dah kena turun rumah pepagi subuh ke Opis, sebab bawa kereta. Tinggal la mereka-mereka kat rumah, pepandailah sendiri. Adik kena uruskan persiapan kesekolah sendiri. Kena siapkan buku, pakaian untuk transit malam. Lepas ayah hantar adik ke transit dan ke sekolah, ayah kena ambil kakak & hantar ke tempat intern. Lepas tu baru terus ke Opis. Balik kerja ibu ambil adik kat transit. Nasib baik bos benarkan ibu kerja dari pukul 8 hingga 5 petang, jadi tak lah lambat sampai rumah & tak lah letih memandu sbb balik awal, masa tu jln tak berapa jem lagi.
Balik kerja masih sempat masak lagi.

Abang, sejak masuk semesta baru ni, dah tak pernah balik dah... sibuk kata dia. Tak pe lah, harap-harap dia belajar betul-betul. Ibu tak ada harta nak bagi... Ilmu itulah harta yang perlu dicari sendiri. Semoga anak-anak ibu sentiasa dalam redho Allah. Ibu doakan terbaik buat kalian. Ada masa terluang nanti kita jumpa juga. Ibu pun dah bawa adik & kakak pergi jengok abang (adik) kat rumah sewa abang.
Abang, ibu anggap dah dewasa, kena berfikir secara dewasa lelaki. Kena berfikiran positif. Nak buat sesuatu kena ada perancangan, kena matang. Kena ada rasa tanggung-jawab. Buang sikap yang negetif tu... sentiasa ada prasangka baik sesama kita. Setiap apa yang terjadi ada hikmahnya. Buang sikap ego yang melampau, sebab orang lelaki ni terlalu ego.
Walau apa pu, ibu sayangkan kalian.