Tuesday, January 15, 2013

Salam 2013

Syukur masih bernafas di 2013. 11 January tarikh dilahirkan. Baru berlalu, setiap tahun tak ada yang istimewa... cuma harapan dan berusaha untuk jadi insan yang lebih baik dari yang lepas-lepas. Berpuas hati dengan apa yang ada... berusaha untuk mencapai impian. Harapan semoga anak-anak berjaya dalam hidup dunia akhirat. Semoga menjadi insan yang berguna untuk agama dan umat manusia lain. Nak rasa lain sangat pun tak ada juga, sepatutnya Awal Muharram itu yang harus ditekankan. Tapi apa nak buat dah satu dunia guna tahun Masehi.

Sebut pasal tahun baru... bila direnung cara sambutan orang sekarang, takut pun ada. Macam-macam cara sambutan yang entah apa-apa. Syukur Alhamdulillah, kat Selangor ada program yang baik, tak ada countdown. Program keagamaan yang dianjurkan berjaya menarik golongan muda-mudi dari lepak untuk countdown.

Tahun baru Masehi ni belum balik kampung lagi. Nak balik kena ada cuti perayaan baru rasa berbaloi. Lagi pun kakak tengah intern. Biasalah bukan boleh nak cuti macam orang bekerja. Itu pun tak cukup kalau nak kira 60 hari berkerja dari awal Disember hari tu... Kat Malaysia ni banyak cuti. Raya China nanti bolehlah balik kampung. Balik ni pun satu hal jugalah. Tol & minyak dah makan belanja banyak... belanja itu ini.. adoi, sesak jugak. Walauapa pun kena juga balik kampung demi ayah & mak. Hal-hal yang selepas tu pikir kemudian lah.

Amirah dah masuk tahun 5. Semakin pandai juga uruskan diri sendiri. Semakin boleh bertolak ansur. Lega sikit. Harapanku semoga dia dah boleh fikir penting untuk dia belajar lebih sikit. Tahun ini untuk kelas Kafa ada peperiksaan. Sejak kakak buat internship ni... dah kena turun rumah pepagi subuh ke Opis, sebab bawa kereta. Tinggal la mereka-mereka kat rumah, pepandailah sendiri. Adik kena uruskan persiapan kesekolah sendiri. Kena siapkan buku, pakaian untuk transit malam. Lepas ayah hantar adik ke transit dan ke sekolah, ayah kena ambil kakak & hantar ke tempat intern. Lepas tu baru terus ke Opis. Balik kerja ibu ambil adik kat transit. Nasib baik bos benarkan ibu kerja dari pukul 8 hingga 5 petang, jadi tak lah lambat sampai rumah & tak lah letih memandu sbb balik awal, masa tu jln tak berapa jem lagi.
Balik kerja masih sempat masak lagi.

Abang, sejak masuk semesta baru ni, dah tak pernah balik dah... sibuk kata dia. Tak pe lah, harap-harap dia belajar betul-betul. Ibu tak ada harta nak bagi... Ilmu itulah harta yang perlu dicari sendiri. Semoga anak-anak ibu sentiasa dalam redho Allah. Ibu doakan terbaik buat kalian. Ada masa terluang nanti kita jumpa juga. Ibu pun dah bawa adik & kakak pergi jengok abang (adik) kat rumah sewa abang.
Abang, ibu anggap dah dewasa, kena berfikir secara dewasa lelaki. Kena berfikiran positif. Nak buat sesuatu kena ada perancangan, kena matang. Kena ada rasa tanggung-jawab. Buang sikap yang negetif tu... sentiasa ada prasangka baik sesama kita. Setiap apa yang terjadi ada hikmahnya. Buang sikap ego yang melampau, sebab orang lelaki ni terlalu ego.
Walau apa pu, ibu sayangkan kalian.

No comments: