Friday, May 31, 2013

Kecewanya aku.....

Kata-kata yang keluar dari mulut orang ni teramat menyinggung perasaan aku. Perkara pokoknya tidaklah besaq mana pon... tapi pasai apa dia dok kata lagu tu... Aku ni sebenaqnya malaih nak layan benda ni.. tapi selalu sangat dia sakitkan hati aku... aku pun dah jemu lah dengan benda-benda macam ni... Menyampah dan naik meluat dah... Dengan yang tak pernah tetap pendirian pun buat aku jadi rimas. La ni aku dah tak kisah dah apa pun.... lantak lah. Aku pun dah tak nak mengharapkan apa-apa lagi dah. Aku ikut saja lah... nak ketengah ka, ketepi ka, keulu kehiliq aku dah tak kisah lagi dah.
Suka ati dia lah nak anggap aku ni sapa pada dia... aku pun dah takdak mood dah. Aku pun dah takdak ati dah... naik majai dah...

Wednesday, May 29, 2013

Mei 29 1973 kematian P.RAMLEE

Hari ini genaplah 40 tahun kembalinya Allahyarham P.Ramlee ke Rahmatullah. Lagu-lagu ciptaan dan nyanyian beliau masih segar dan banyak yang diperbaharui. Maknanya orang menghargai sehingga hari ini. Filem-filemnya walaupun dalam hitam putih masih segar untuk ditontoni. Sehingga kini anak-anak kecil pun masih amat suka menonton filem-filem beliau. Biar pun beberapa kali diulang filem yang sama oleh Astro. Anak aku adalah peminat filem P.Ramlee. Sanggup dia bergaduh dengan orang sebab nak menonton filem P.Ramlee. Sesungguhnya banyak pengajaran dari filem-filem beliau. Sayang beliau meninggal dalam keadaan amat menyedihkan. Beliau disisih oleh masyarakat yang tidak mahu menerima hasil creativiti beliau ketika itu. Entahlah ya... kenapa? Mungkin ujian Allah untuk beliau. Beliau meninggal dunia dalam usia 44 tahun, usia yang masih muda. Sesungguhnya Allah lebih menyanyangi beliau. Semoga roh beliau aman disana. Aaminn.

P.Ramlee memang dikurniakan Allah otak yg genius. Cerita-cerita dari filem yang diarahkan adalah simple sangat, berkisar pada kehidupan seharian pada masa itu dan sekarang juga berlaku apa yang difilemkan. Dailog-dailog lucu dalam filem hingga sekarang masih digunakan. Banyak juga tatabahasa yang diperkenalkan/digunakan oleh beliau masih digunakan malah digezet. Contohnya PAWAGAM - Panggung Wayang Gambar.

Lagu-lagu ciptaan dan nyanyian beliau telah digubah semula berkali-kali oleh beberapa generasi namun masih segar. Gubahan dan nyanyian semula ada yang memang berkualiti dan sedap didengar walaupun tidak setanding dengan alunan dari Allahyarham sendiri namun mereka menyanyi dengan gaya tersendiri. Contohnya lagu Engkau Laksana Bulan nyanyian Dato' Shiela Majid, memang mendayu-dayu dengan gaya tersendiri dan kita terasa betapa kekejaman manusia terhadap percintaan dua insan ini. Syabas kepada Dato' Shiela Majid, memang tersentuh hati mendengarnya seperti tersentuh hati bila mendengar nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee mengalunnya.
Namun tidak seperti lagu Jeritan Batin dari Azlan & The Typewriter & geng, sakit kepala dan telinga aku mendengarnya. Aku rasa rosak lagu tu... Apa lah yang dijeritkannya. Tak terasa jeritan nya dibatin ku... Jeritan penyanyi tu macam tak ada makna bagi orang yang mendengarnya. Sakit hati dan telinga adalah! Mohon jika ingin menciplak ciptaan orang lain janganlah jadi lebih teruk... sekurang-kurangnya kalau tak boleh menandinginya buatlah secara terbaik, jangan memperlekehkan ciptaan orang lain dengan membuatnya menjadi lebih teruk.
Aku puji nyanyian dari Jamal Abdillah. Beliau memang menghayati lagu-lagu nyanyiannya dan lagu-lagu Tan Sri P.Ramlee. Yuna juga pantas membawakan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi-penyanyi lama ini. Setakat ini semua lagu yang dinyanyikan semula oleh Yuna memang aku puji.

Lirik Lagu Gelora Jiwa – Yuna

Cinta apakah tandanya
Jika engkau hanya mempermudah kata saja
Hati tak akan berguna
Jika sang asmara tidak merasa ke dalam jiwa

Rindu itulah tandanya
Aku kasih mu aduhai asmara
Cinta oh cinta yang ternyata
Hanya dapat ku sematkan
Di dalam dada ku yang remaja

Gelora di dalam jiwa ku
Bergetar merayukan sukma
Menyanyi lagu cinta hati
Tanda ku nan membalas cinta mu

Yang tidak mudah hilang dari kenangan ku 2x

Rindu itulah tandanya
Aku kasih mu aduhai asmara
Cinta oh cinta yang ternyata
Hanya dapat ku sematkan
Di dalam dada ku yang remaja
 
Teringat pula masa mak ajar nyanyi lagu-lagu lama tahun 50an dulu kat aku dan masih ingat lagu buku lirik nyanyian yang mak aku tulis. Tapi buku tu dimana ya...
Banyak memang banyak sekali lagu-lagu Allahyarham ini.
Semoga Allah merahmati Allahyarham P>Ramlee. Aamin.. Al-Fatihah untuk Allahyarham.

Tuesday, May 21, 2013

APA ITU GST (Goods & Services Tax )

Artikel ini dipetik dari laman blog Pakdi.net beliau pula ambil dari laman blog  oskortos
Sekadar menyebarkan di blog saya.

GST

Oleh: Norman
Dengar saja tentang GST perkara pertama yang akan terlintas di kepala kita sudah pastilah tentang kenaikan harga barang disebabkan cukai yang dikenakan kerajaan. Memandangkan pada PRU13, BN kekal dipilih sebagai kerajaan pelaksanaan GST mungkin akan terjadi dalam tempoh masa setahun atau dua tahun daripada sekarang. Walaubagaimanapun sebagai rakyat yang matang kita haruslah memahami sesuatu isu tersebut sebelum kita membangkang apa sahaja dasar yang dibawa kerajaan.
Setelah menerima maklumbalas daripada laman media sosial Twitter dan FB saya simpulkan ramai yang sebenarnya tidak faham tentang apa itu sebenarnya GST, bagaimana GST dilaksanakan dan juga kesan GST terhadap harga barang dan perkhidmatan. Saya tidak menyalahkan kawan-kawan semua kerana kerajaan juga tersilap langkah apabila penerangan tentang GST tidak dibuat secara menyeluruh malah peluang menerangkan GST melalui media perdana seperti suratkhabar, tv & radio disia-siakan kerajaan apabila ia hanya digunakan untuk menghentam pembangkang, menabur fitnah dan terbaru membangkitkan semangat perkauman. Sebelum membaca artikel ini saya minta kawan-kawan tinggalkan politik partisan, buka mata dan hati supaya kita faham apa itu sebenarnya GST.

CUKAI DI MALAYSIA

Terdapat dua jenis cukai utama yang dikenakan kepada rakyat Malaysia yang pertama cukai pendapatan (income tax) dan yang kedua cukai penggunaan (consumption tax). Cukai pendapatan adalah cukai yang dikenakan keatas segala pendapatan termasuk gaji, bonus, hadiah, komisen, dividen dan sebagainya. Manakala cukai penggunaan dikenakan keatas barangan yang dibeli atau perkhidmatan yang kita gunakan. GST terletak dibawah kategori cukai penggunaan (consumption tax).

APA ITU GST DAN SST?

GST adalah ‘Goods and Services Tax’ atau cukai barangan dan perkhidmatan. Selama ini kita rakyat Malaysia membayar SST iaitu ‘Sales tax and Service tax’ atau cukai jualan dan cukai perkhidmatan. SST kebiasaannya dikenakan ke atas bil telekomunikasi, internet, ASTRO, tiket wayang, tiket parking, barangan di supermarket, KFC, McD, Pizza pada kadar 6% untuk cukai perkhidmatan (service tax) dan 10% untuk cukai jualan (sales tax). Anda boleh merujuk bil atau resit setiap kali anda membuat bayaran bil telefon, ASTRO, selepas membeli belah di Tesco, Jusco, Giant dan sebagainya semuanya ada tertera jumlah dan peratusan SST yang dibayar.



GST yang dicadangkan kerajaan Malaysia pada tahun 2009 adalah pada kadar 4% menjadikannya lebih rendah daripada SST pada kadar 6%-10%. Jadi apa bezanya GST dan SST? Pelaksanaan GST merangkumi segala jenis barangan dan perkhidmatan yang ada di Malaysia termasuk barangan yang diimport mahupun yang dibuat dibuat di Malaysia. GST akan mengenakan cukai pada setiap lapisan peringkat bekalan barangan dan perkhidmatan contohnya dari pengilang (manufacturer), pemborong (wholesaler), peruncit/kedai (retailer) hinggalah kepada pengguna (end-customer). Cukai GST ini akan dikutip setiap kali transaksi berlaku dan penjual akan mengutip cukai daripada pembeli mengikut rantaian bekalan tadi. Walaubagaimanapun 4% itu adalah kadar tetap dan tiada cukai berganda (multiple taxes). SST pula kebiasaannya dikenakan kepada pelanggan yang membeli barangan daripada kedai/peruncit dan terdedah kepada cukai berganda. Pelaksanaan SST juga tidak menyeluruh menjadikan ia tidak saksama.

PELAKSANAAN GST

Idea melaksanakan GST ini mula dibincangkan pada tahun 2007 dan pada mulanya dijadualkan untuk dilaksana pada tahun 2009 kemudiannya ditangguh atas sebab pilihanraya dan juga atas sebab kurangnya pemahaman tentang GST dikalangan rakyat Malaysia. Kemudiannya rang undang-undang GST dibaca diparlimen buat kali pertama pada tahun 2009 dan dijadualkan dibaca untuk kali kedua pada 2010 namun ia ditangguhkan juga atas sebab-sebab yang sama.
Anda boleh merujuk keratan berita dari Berita Harian tentang jadual bacaan rang undang-undang GST di sini:
GST yang dicadangkan kerajaan adalah pada kadar rata 4% untuk SETIAP barangan dan perkhidmatan WALAUBAGAIMANAPUN kerajaan akan mengecualikan GST ke atas barangan seperti makanan asas beras, gula, tepung, pengangkutan awam seperti tiket bas, komuter, LRT dan juga barangan seperti ubat-ubatan dan sebagainya. Dengan pengecualian ini kesan kenaikan harga ke atas barangan dan perkhidmatan asas adalah minima (atau tiada). Perkara ini ada dinyatakan di laman web Kastam DiRaja Malaysia tentang GST:

KEPERLUAN MELAKSANAKAN GST

GST perlu dilaksanakan untuk meluaskan kadar kenaan cukai kepada semua individu dan perniagaan di Malaysia lalu menambah pendapatan kerajaan secara tidak langsung. GST juga akan menutup kelemahan pengurusan cukai SST seperti cukai berganda, lari daripada cukai (tax evasion) dan sebagainya. Untuk pengetahuan kawan-kawan daripada jumlah penduduk (populasi) seramai 28 juta di Malaysia kurang daripada 10% membayar cukai pendapatan manakala daripada keseluruhan tenaga buruh (workforce) seramai 11 juta di Malaysia peratusan yang membayar cukai pendapatan (income tax) adalah lebih kurang 25%. Rujuk taksiran pembayar cukai bermastautin daripada perangkaan tahunan negara:


Bermakna mereka yang membayar cukai pendapatan adalah sedikit jika dibandingkan dengan mereka yang menerima manfaat daripada kerajaan seperti BR1M, BB1M dan segala bentuk jenis subsidi yang lain. GST akan menjadikan setiap lapisan masyarakat sama ada miskin, sederhana atau kaya membayar cukai untuk menyumbang kepada pendapatan kerajaan.

GST TIDAK ADIL KEPADA ORANG MISKIN?

GST nampak tidak adil kepada mereka yang berpendapatan rendah kerana mereka terpaksa membayar cukai pada kadar yang sama seperti mereka yang berpendapatan tinggi. Oleh sebab itu kerajaan disamping melaksanakan GST perlu memperkenalkan pakej atau program seperti bayaran tunai atau rebat kepada mereka yang berpendapatan rendah. Program sekarang seperti BR1M boleh dijadikan contoh tetapi pelaksanaannya perlulah teliti dan lebih sistematik agar bayaran tunai untuk menangani kos GST tidak tiris dan terdedah kepada penyelewengan (contohnya: orang yang tidak layak juga terima BR1M).
Konsep cukai penggunaan (consumption tax) seperti GST adalah semakin banyak anda membeli barang atau menggunakan perkhidmatan semakin banyak cukai yang dibayar. Bermakna anda boleh mengawal perbelanjaan anda secara berhemah dan berjimat. Mereka yang berpendapatan tinggi akan membayar cukai lebih tinggi apabila mereka berbelanja lebih berbanding mereka yang berpendapatan rendah hanya akan berbelanja mengikut kemampuan mereka. Program bantuan tunai daripada kerajaan akan mengurang kesan GST kepada mereka yang berpendapatan rendah.

KESAN GST

GST jika dilaksanakan seperti di negara lain contohnya Singapura, apabila GST dilaksanakan kadar cukai pendapatan (income tax) akan dikurangkan secara berperingkat. Ini akan memberi kesan positif kepada pembayar cukai pendapatan di mana mereka akan ada lebih pendapatan boleh guna (disposable income) untuk dibelanja atau disimpan. Walaubagaimanapun kerajaan Malaysia masih belum bercadang untuk mengurangkan kadar cukai pendapatan, mungkin ia akan dimaklumkan kemudian hari. GST juga secara tidak langsung akan menggalakkan rakyat menyimpan untuk pelaburan dan berbelanja secara berhemah dan jika perlu sahaja.
Mengenai kerisauan dikalangan kita bahawa GST akan meningkatkan harga barangan, memang ia tak dapat dinafikan yang ada sesetengah barangan akan naik harga TETAPI ada juga barangan yang akan turun harga setelah kadar GST 4% ini dilaksanakan kerana sebelum ini SST 6-10% dikenakan maka ada penguranagan kadar cukai disitu. Harga KFC, tiket wayang, bil telco akan berkurang sedikit manakala barangan yang tidak dikenakan cukai SST sebelum ini seperti barangan elektrik, komputer dan sebagainya akan meningkat sedikit. Kita perlu perbetulkan pemahaman dan salahfaham mengenai konsep GST sebelum menganggap ia semata-mata akan menaikkan harga barang.
Kerajaan juga akan membentuk jawatan kuasa yang memantau serta mengawal kadar kenaikan harga barang agar kenaikan harga barang tidak mendadak dan peniaga tidak akan mengutip untung berlebihan:

SALAH FAHAM KEBELAKANGAN INI

Kebelakangan ini tersebar tentang ‘GST’ telah dilaksanakan melalui penyebaran gambar ini:

GST yang dimaksudkan diatas adalah ‘government service tax‘ pada kadar 6% dan bukannya Goods and Services Tax pada kadar 4% yang dicadangkan. Sepatutnya Tesco Extra menulisnya sebagai SST atau Service Tax dan bukannya GST untuk mengelakkan kekeliruan seperti diatas. GST 4% akan menggantikan cukai perkhdimatan 6% ini.Cukai perkhidmatan diatas sebelum 2011 adalah pada kadar 5% kemudiannya dinaikkan kepada 6% berkuatkuasa 1 Januari 2011.

PENDAPAT PERIBADI

Di atas saya telah menerangkan konsep, pelaksanaan dan kesan GST kepada kita semua. Jika anda bertanya kepada saya secara peribadi, saya menyokong pelaksanaan GST ini dengan syarat kerajaan meningkatkan kecekapan pengurusan jabatan-jabatan yang terlibat, pemantauan teliti untuk mengelakkan pengguna ditekan atau ditipu peniaga dan penerangan yang lebih jelas kepada rakyat keseluruhannya. Kerajaan juga perlu memperkenalkan pakej atau program yang lebih mampan untuk menangani kesan GST kepada golongan berpendapatan rendah, miskin dan miskin tegar. Pelaksanaan GST tidak boleh dilaksanakan dengan terburu-buru dan perlu diadakan tempoh percubaan (trial period) sepertimana ia dijalankan di negara lain. Disamping itu kerajaan juga sepatutnya menurunkan cukai pendapatan dan juga meningkatkan pendapatan seisi rumah untuk menangani kesan langsung daripada GST.

KESIMPULAN

Saya seorang individu yang pro-Pakatan Rakyat sebenarnya berkongsi kerisauan dengan kawan-kawan tentang cara kerajaan membelanjakan wang cukai yang dikutip. Lihat sahaja berbillion ringgit bocor, tiris dan dibazirkan setiap tahun seperti mana yang digambarkan didalam laporan ketua audit negara. Ini sahaja kerisauan kita bukan? GST adalah dasar yang baik tetapi bolehkah kerajaan dibawah BN membelanjakan wang kita dengan baik dan adakah rakyat akan mendapat faedah ke atas cukai yang dibayar nanti?
Didalam tempoh 5 tahun ini suka atau tidak GST tetap akan dilaksanakan. Bezanya kita sebagai rakyat perlulah memahami konsep GST itu sebelum kita membangkang membuta tuli tanpa fakta dan asas. Nak jadi pembangkang jadi pembangkang yang bijak, mahu jadi macai jadi macai yang cerdik. Harga barang naik atau mahal bukan disebabkan cukai, ia disebabkan monopoli dimana bekalan atau supply barangan dipegang oleh orang-orang tertentu sahaja. Ini yang patut kita tentang dan bangkang. Beras dan gula semuanya dipegang orang yang sama. Jadi mari sama-sama kita tolak monopoli dan favoritisme oleh kerajaan kepada tokey-tokey tertentu. Buka pasaran untuk persaingan sihat supaya akhirnya kita berada dalam situasi menang-menang. Rakyat untung, peniaga untung.
Tambahan: Sesetengah restoran atau perkhidmatan mengenakan service charge 10% yang mana kutipan ini tidak ada kena mengena dengan kerajaan. Jika GST dilaksanakan service charge ini mungkin kekal. Ada beza service charge dan service TAX.
p/s:
1. Dah habis baca artikel saya sebarkan pada kawan-kawan di Facebook, di pejabat, kepada keluarga dirumah.
2. Jangan merungut sangat, siapa suruh undi BN? :P
3. Sebarang soalan boleh diajukan di ruangan komen atau di Twitter saya.
4. Bacaan lanjut tentang GST oleh Kastam: http://gst.customs.gov.my/ms/Pages/default.aspx
5. Bacaan rang undang-undang GST jika anda rajin membaca: http://gst.customs.gov.my/ms/rg/SiteAssets/gst_bill/gst%20act%20bill.pdf
Disclaimer: Artikel ini bukan ditulis untuk menyokong kerajaan. Ia hanya semata-mata untuk menerangkan beza SST dan GST dan juga pemahaman secara dasar tentang GST.

Friday, May 17, 2013

Kuliah Ustazah Zawiyah Hassan

Alhamdulillah berjaya juga aku hadir kuliah Ustazah Glamer ni.. maaflah ustazah. Ustazah kan kerap masuk tb. Sebenarnya saya suka dengar ceramah ustazah ni... dengan pelat Kelate pekat buat saya rasa tok ngantuk...
Ustazah ni adalah jemputan sebulan sekali kat opis aku. Hari ini sambungan Hadith Qudsi yang ke 117 & 118. Kedua hadith ini adalah berkaitan antara satu dengan lain. Bahawa kita hendaklah bersangka baik dengan apa yang Allah putuskan untuk kita kerana jika kita bersangka baik dengan Allah maka Allah akan berikan yang baik kepada kita dan jika kita bersangka buruk dengan Allah maka Allah akan berikan yang buruk kepada kita. Setiap apa yang Allah putuskan untuk kita ada kebaikan dan hikmahnya. Sabar itu balasannya Syurga. Hamba Allah yang sabar tidak akan merasakan lambat akan kurniaan Allah dan tidak ada keluh kesah terhadap hukuman Allah. Mereka malu membuat maksiat.
Yang menariknya banyak contoh kisah yang diceritakan. Bagaimana kita seorang perempuan yang 9 nafsu 1 akal ini sentiasa akan lebih didorong oleh nafsu dalam kehidupan kita. Kemudian bila difikirkan akan menyesal.

Cerita hari ini adalah mengenai seorang isteri yang tidak puas hati, marah dan geram dengan suaminya yang telah menderma sebanyak seratus ribu ringgit sebahagian dari duit hasil jualan rumah mereka. Rumah dijual dengan harga lima ratus ribu. Sebelum ini siisteri memang dah bersetuju untuk menderma sebanyak seratus ribu. Yang buat isteri marah adalah semasa suaminya nak menderma suami tidak bagitau isteri. Isteri marah tak puas hati sebab masa nak bagi derma tu tak bagi tau dia. Dua malam tidoq tak lena, cakap pun tak nak ngan husband. Masya Allah orang pompuan memang camtu kan... walhalnya suami dah buat terbaik dah... pahala dah dapat dah pun. Bila ustazah cakap cam tu baru dia sedar, dan kata betul gak ek... malam ni dia lena tidoq.

Satu lagi citer suatu malam sang suami dapat panggilan telpon dari satu cina siap bagi nombor ic lagi kata mak dia beli mesin jahit utang dan sianak ni jadi penjamin. Sianak jadi marah kata mak dia ni asyik dok beli barang dah tu utang lagi. Dia akan jumpa dengan mak dia dan dia akan marah mak dia. (Ustazah: "siapa kita ya, nak marah dengan emak yang mengandungkan dan membesarkan kita") Si isteri menyabarkan sang suami dengan cadangan apa kata esok telpon cina tu balik dan tanya berapa harga mesin jahit tersebut dan bayarkan semuanya. (Ustazah: "macamana kalau berlaku kat kita?")

Inilah yang selalu aku nasihatkan anak-anak aku, walau apa yang Allah kurniakan kepada kita anggaplah itu adalah ujian Allah yang memang sayangkan hambanya. Bersangka baiklah dengan Allah. Inn Syaa Allah... Kadangkala kita tak dapat apa yang kita inginkan tapi apa yang Allah bagi, itulah sebenarnya yang terbaik buat kita. Subhanallah...

Thursday, January 31, 2013

SERABUT

 
 
Serabut sungguh kepala ni.. dok pikiaq macamana nak kemas rumah yang dah jadi macam kapai pecah tu...Dah tak tau nak susun lagu mana dah, melainkan buang jer benda-benda yang dah lama tak guna. Kali ni tak peduli dah, aku nak buang je benda-benda yang dah tak pakai tu.
Kalau tengok rumah woi... macam setor pun ada. Nak buang barang, ada pulak yang kata sayang la... kali ni tak kira dah. Nasib la...
Baru telefon Nurul Aini Ahmad untuk derma buku-buku. Tarikh tutup dah lepas 28 Januari 2013. Dia kata boleh lagi kalau hari Isnin 4 Februari pagi-pagi antar kat dia. Orang dah nak datang ambil hari tu. Eh boleh jer...  Ni iklan dia...
 
 

NOTE:
 
  1. Buku-buku terpakai ini akan didermakan kepada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  2. Semua jenis buku adalah diterima untuk menambah koleksi perpustakaan USIM termasuk novel / buku fiksyen
  3. Buku-buku pembelajaran seperti buku teks / buku rujukan / buku universiti juga diterima
  4. Sila hantar buku-buku tersebut ke Business Finance ITNT, Level 9 Selatan, Menara TM (cubical Nurul Aini)
  5. Sila hantar buku-buku tersebut sebelum 28 Januari 2013
  6. Sila hubungi Nurul Aini sama ada melalui email nuraini1@tm.com.my atau telefon 011-18300076

 Bab buku ni... settle la kut.... Yang barang-barang lain camno ek... Hari tu dah bagi derma kat Masjid Subang, pakaian dan beg-beg sekolah dan beg-beg dokumen yang memang banyak kat rumah. Ada yang masih dalam plastik lagi (tak pakai lagi) Ini barang-barang sampingan macam flask Air, Bekas pemanas nasi dan lain-lain. Barang mainan pun banyak gak. Banyak dah keluarkan dari rumah tu tapi masih banyak lagi. Serabut ni bukan apa, anai-anai dah bersarang kat rumah. Bila barang-barang dah dipunggah dan tu rumah apartment pula dah ada pembeli, jadi semua barang-barang kat rumah apartment tu kena lah dipindahkan kat rumah ni... tambah-tambah la berserabut. Bukan tongkang pecah lagi... tu la yang kata kapai pecah tu...
Esok hari Wilayah, boleh la kut berkemas.. Hurrey!!! esok CUTI. Amirah kena duduk transit juga la...senang sikit berkemas. Kakak Kerja.. Hubby aku tu, aku nak suruh dia pegi ride la kemana-mana. Tanjung Malim ke... Yik Mun. Heh! jangan aku ngikut sudah!!! kang keja tak jalan.

Wednesday, January 23, 2013

NAK KATA JIWA KACAU TAK ADALAH.....MEMBRONTAK PUN TAK!!!

Kekadang rasa seperti tersisih, seperti dirasakan tak ujud kut.... Kalau nak merajuk pun rugi je....Malas lah nak berkesah... biarlah dulu, kalau tegur, semestinya ada alasan sendiri. Nanti hati juga yang sakit. So.. suka hatilah asal masing-masing bahagia dengan cara masing-masing. Perasan memang perasan... tapi kenapa ya... tak ada jawaban.. Soalnya boleh saja bersama. Pelik sungguh. Orang lain rasanya tak macam ini kut... Nak paksa diri ikut aja... hai!! tak mahu lah.. jiwa tersiksa buat apa. Tak tenang. Nanti barulah jadi jiwa kacau dan membrontak lalu berantakan. hah!!


Friday, January 18, 2013


Pencipta : M Nasir (lagu) Nasir Jani (lirik)????

Bloodshed - Srikandi Cinta Ku

Dingin malam tirai kenanganku
Menyerlahkan sekurun ingatan
Terciptalah rimba kehidupan
Percintaan dalam perjuangan


Kesetiaan sebagai bekalan
Bisikan penuh pengharapan
Tiada garis dapat memisahkan
Segalanya kudratMu Tuhan


Alam bagai mengerti
Segala yang terjadi
Embun menitis panas simpati
Pertemuan tiada awal akhir


Perutusan berdarah ku terima
Gugur kuntum di tengah halaman
Medan ini kurasakan sepi
Terpaku pilu


Ku semaikan pepohon kemboja
Yang bunganya adalah hati ku
Semadilah dalam kedamaian
Semangatku tetap bersamamu


Kan kuusung oh! jenazah cinta
Semadikan nisan kasih suci
Semangatmu tetap bersamaku
Selama pasti


Debu malam meragut kenangan
Menyedarkan dari lamunanku
Percintaan dalam perjuangan
Kau abadi Srikandi Cintaku


Penulis lirik sebenar:
http://adnansmile.blogspot.com/2009/03/siapa-sebenarnya-penulis-lirik-srikandi.html

Wednesday, January 16, 2013

M. Nasir
Keroncong Untuk Ana 2


Setelah lama berjauhan
Baru kini engkau terasa
Sedalam mana cinta
Yang terbenam di lubuk hatiku

Apakah sebenarnya
Rahsia yang engkau sembunyikan
Hingga sanggup berpaling
Dari hakikat sebenar-benarnya

Marilah ku huraikan
Kekusutan yang engkau alami
Sambil kita nyanyikan
Keroncong cinta kita dahulu
Ana

Bentangkanlah lembaran
Kasih sayang baru untuk kita
Dan semuga hendaknya
Akan bertapak mahligai bahgia



Sedap lagu ni....

Tuesday, January 15, 2013

Salam 2013

Syukur masih bernafas di 2013. 11 January tarikh dilahirkan. Baru berlalu, setiap tahun tak ada yang istimewa... cuma harapan dan berusaha untuk jadi insan yang lebih baik dari yang lepas-lepas. Berpuas hati dengan apa yang ada... berusaha untuk mencapai impian. Harapan semoga anak-anak berjaya dalam hidup dunia akhirat. Semoga menjadi insan yang berguna untuk agama dan umat manusia lain. Nak rasa lain sangat pun tak ada juga, sepatutnya Awal Muharram itu yang harus ditekankan. Tapi apa nak buat dah satu dunia guna tahun Masehi.

Sebut pasal tahun baru... bila direnung cara sambutan orang sekarang, takut pun ada. Macam-macam cara sambutan yang entah apa-apa. Syukur Alhamdulillah, kat Selangor ada program yang baik, tak ada countdown. Program keagamaan yang dianjurkan berjaya menarik golongan muda-mudi dari lepak untuk countdown.

Tahun baru Masehi ni belum balik kampung lagi. Nak balik kena ada cuti perayaan baru rasa berbaloi. Lagi pun kakak tengah intern. Biasalah bukan boleh nak cuti macam orang bekerja. Itu pun tak cukup kalau nak kira 60 hari berkerja dari awal Disember hari tu... Kat Malaysia ni banyak cuti. Raya China nanti bolehlah balik kampung. Balik ni pun satu hal jugalah. Tol & minyak dah makan belanja banyak... belanja itu ini.. adoi, sesak jugak. Walauapa pun kena juga balik kampung demi ayah & mak. Hal-hal yang selepas tu pikir kemudian lah.

Amirah dah masuk tahun 5. Semakin pandai juga uruskan diri sendiri. Semakin boleh bertolak ansur. Lega sikit. Harapanku semoga dia dah boleh fikir penting untuk dia belajar lebih sikit. Tahun ini untuk kelas Kafa ada peperiksaan. Sejak kakak buat internship ni... dah kena turun rumah pepagi subuh ke Opis, sebab bawa kereta. Tinggal la mereka-mereka kat rumah, pepandailah sendiri. Adik kena uruskan persiapan kesekolah sendiri. Kena siapkan buku, pakaian untuk transit malam. Lepas ayah hantar adik ke transit dan ke sekolah, ayah kena ambil kakak & hantar ke tempat intern. Lepas tu baru terus ke Opis. Balik kerja ibu ambil adik kat transit. Nasib baik bos benarkan ibu kerja dari pukul 8 hingga 5 petang, jadi tak lah lambat sampai rumah & tak lah letih memandu sbb balik awal, masa tu jln tak berapa jem lagi.
Balik kerja masih sempat masak lagi.

Abang, sejak masuk semesta baru ni, dah tak pernah balik dah... sibuk kata dia. Tak pe lah, harap-harap dia belajar betul-betul. Ibu tak ada harta nak bagi... Ilmu itulah harta yang perlu dicari sendiri. Semoga anak-anak ibu sentiasa dalam redho Allah. Ibu doakan terbaik buat kalian. Ada masa terluang nanti kita jumpa juga. Ibu pun dah bawa adik & kakak pergi jengok abang (adik) kat rumah sewa abang.
Abang, ibu anggap dah dewasa, kena berfikir secara dewasa lelaki. Kena berfikiran positif. Nak buat sesuatu kena ada perancangan, kena matang. Kena ada rasa tanggung-jawab. Buang sikap yang negetif tu... sentiasa ada prasangka baik sesama kita. Setiap apa yang terjadi ada hikmahnya. Buang sikap ego yang melampau, sebab orang lelaki ni terlalu ego.
Walau apa pu, ibu sayangkan kalian.