Friday, May 17, 2013

Kuliah Ustazah Zawiyah Hassan

Alhamdulillah berjaya juga aku hadir kuliah Ustazah Glamer ni.. maaflah ustazah. Ustazah kan kerap masuk tb. Sebenarnya saya suka dengar ceramah ustazah ni... dengan pelat Kelate pekat buat saya rasa tok ngantuk...
Ustazah ni adalah jemputan sebulan sekali kat opis aku. Hari ini sambungan Hadith Qudsi yang ke 117 & 118. Kedua hadith ini adalah berkaitan antara satu dengan lain. Bahawa kita hendaklah bersangka baik dengan apa yang Allah putuskan untuk kita kerana jika kita bersangka baik dengan Allah maka Allah akan berikan yang baik kepada kita dan jika kita bersangka buruk dengan Allah maka Allah akan berikan yang buruk kepada kita. Setiap apa yang Allah putuskan untuk kita ada kebaikan dan hikmahnya. Sabar itu balasannya Syurga. Hamba Allah yang sabar tidak akan merasakan lambat akan kurniaan Allah dan tidak ada keluh kesah terhadap hukuman Allah. Mereka malu membuat maksiat.
Yang menariknya banyak contoh kisah yang diceritakan. Bagaimana kita seorang perempuan yang 9 nafsu 1 akal ini sentiasa akan lebih didorong oleh nafsu dalam kehidupan kita. Kemudian bila difikirkan akan menyesal.

Cerita hari ini adalah mengenai seorang isteri yang tidak puas hati, marah dan geram dengan suaminya yang telah menderma sebanyak seratus ribu ringgit sebahagian dari duit hasil jualan rumah mereka. Rumah dijual dengan harga lima ratus ribu. Sebelum ini siisteri memang dah bersetuju untuk menderma sebanyak seratus ribu. Yang buat isteri marah adalah semasa suaminya nak menderma suami tidak bagitau isteri. Isteri marah tak puas hati sebab masa nak bagi derma tu tak bagi tau dia. Dua malam tidoq tak lena, cakap pun tak nak ngan husband. Masya Allah orang pompuan memang camtu kan... walhalnya suami dah buat terbaik dah... pahala dah dapat dah pun. Bila ustazah cakap cam tu baru dia sedar, dan kata betul gak ek... malam ni dia lena tidoq.

Satu lagi citer suatu malam sang suami dapat panggilan telpon dari satu cina siap bagi nombor ic lagi kata mak dia beli mesin jahit utang dan sianak ni jadi penjamin. Sianak jadi marah kata mak dia ni asyik dok beli barang dah tu utang lagi. Dia akan jumpa dengan mak dia dan dia akan marah mak dia. (Ustazah: "siapa kita ya, nak marah dengan emak yang mengandungkan dan membesarkan kita") Si isteri menyabarkan sang suami dengan cadangan apa kata esok telpon cina tu balik dan tanya berapa harga mesin jahit tersebut dan bayarkan semuanya. (Ustazah: "macamana kalau berlaku kat kita?")

Inilah yang selalu aku nasihatkan anak-anak aku, walau apa yang Allah kurniakan kepada kita anggaplah itu adalah ujian Allah yang memang sayangkan hambanya. Bersangka baiklah dengan Allah. Inn Syaa Allah... Kadangkala kita tak dapat apa yang kita inginkan tapi apa yang Allah bagi, itulah sebenarnya yang terbaik buat kita. Subhanallah...

No comments: