Wednesday, May 29, 2013

Mei 29 1973 kematian P.RAMLEE

Hari ini genaplah 40 tahun kembalinya Allahyarham P.Ramlee ke Rahmatullah. Lagu-lagu ciptaan dan nyanyian beliau masih segar dan banyak yang diperbaharui. Maknanya orang menghargai sehingga hari ini. Filem-filemnya walaupun dalam hitam putih masih segar untuk ditontoni. Sehingga kini anak-anak kecil pun masih amat suka menonton filem-filem beliau. Biar pun beberapa kali diulang filem yang sama oleh Astro. Anak aku adalah peminat filem P.Ramlee. Sanggup dia bergaduh dengan orang sebab nak menonton filem P.Ramlee. Sesungguhnya banyak pengajaran dari filem-filem beliau. Sayang beliau meninggal dalam keadaan amat menyedihkan. Beliau disisih oleh masyarakat yang tidak mahu menerima hasil creativiti beliau ketika itu. Entahlah ya... kenapa? Mungkin ujian Allah untuk beliau. Beliau meninggal dunia dalam usia 44 tahun, usia yang masih muda. Sesungguhnya Allah lebih menyanyangi beliau. Semoga roh beliau aman disana. Aaminn.

P.Ramlee memang dikurniakan Allah otak yg genius. Cerita-cerita dari filem yang diarahkan adalah simple sangat, berkisar pada kehidupan seharian pada masa itu dan sekarang juga berlaku apa yang difilemkan. Dailog-dailog lucu dalam filem hingga sekarang masih digunakan. Banyak juga tatabahasa yang diperkenalkan/digunakan oleh beliau masih digunakan malah digezet. Contohnya PAWAGAM - Panggung Wayang Gambar.

Lagu-lagu ciptaan dan nyanyian beliau telah digubah semula berkali-kali oleh beberapa generasi namun masih segar. Gubahan dan nyanyian semula ada yang memang berkualiti dan sedap didengar walaupun tidak setanding dengan alunan dari Allahyarham sendiri namun mereka menyanyi dengan gaya tersendiri. Contohnya lagu Engkau Laksana Bulan nyanyian Dato' Shiela Majid, memang mendayu-dayu dengan gaya tersendiri dan kita terasa betapa kekejaman manusia terhadap percintaan dua insan ini. Syabas kepada Dato' Shiela Majid, memang tersentuh hati mendengarnya seperti tersentuh hati bila mendengar nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee mengalunnya.
Namun tidak seperti lagu Jeritan Batin dari Azlan & The Typewriter & geng, sakit kepala dan telinga aku mendengarnya. Aku rasa rosak lagu tu... Apa lah yang dijeritkannya. Tak terasa jeritan nya dibatin ku... Jeritan penyanyi tu macam tak ada makna bagi orang yang mendengarnya. Sakit hati dan telinga adalah! Mohon jika ingin menciplak ciptaan orang lain janganlah jadi lebih teruk... sekurang-kurangnya kalau tak boleh menandinginya buatlah secara terbaik, jangan memperlekehkan ciptaan orang lain dengan membuatnya menjadi lebih teruk.
Aku puji nyanyian dari Jamal Abdillah. Beliau memang menghayati lagu-lagu nyanyiannya dan lagu-lagu Tan Sri P.Ramlee. Yuna juga pantas membawakan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi-penyanyi lama ini. Setakat ini semua lagu yang dinyanyikan semula oleh Yuna memang aku puji.

Lirik Lagu Gelora Jiwa – Yuna

Cinta apakah tandanya
Jika engkau hanya mempermudah kata saja
Hati tak akan berguna
Jika sang asmara tidak merasa ke dalam jiwa

Rindu itulah tandanya
Aku kasih mu aduhai asmara
Cinta oh cinta yang ternyata
Hanya dapat ku sematkan
Di dalam dada ku yang remaja

Gelora di dalam jiwa ku
Bergetar merayukan sukma
Menyanyi lagu cinta hati
Tanda ku nan membalas cinta mu

Yang tidak mudah hilang dari kenangan ku 2x

Rindu itulah tandanya
Aku kasih mu aduhai asmara
Cinta oh cinta yang ternyata
Hanya dapat ku sematkan
Di dalam dada ku yang remaja
 
Teringat pula masa mak ajar nyanyi lagu-lagu lama tahun 50an dulu kat aku dan masih ingat lagu buku lirik nyanyian yang mak aku tulis. Tapi buku tu dimana ya...
Banyak memang banyak sekali lagu-lagu Allahyarham ini.
Semoga Allah merahmati Allahyarham P>Ramlee. Aamin.. Al-Fatihah untuk Allahyarham.

No comments: