Monday, June 28, 2010

IBU & AYAH KU SAYANG


Bismillah....
Aku terfikir kenapalah ada antara kita sanggup abaikan kedua ibubapa kita. Bila tahu ibu atau ayah tak sihat pun kita masih tak nak menjengok mereka di kampung. Sampai hati kita. Alasan sibuk dengan masalah anak-anak. Tak terfikirkah kita ibu ayah kita dulu jaga kita macammana. Aku masih terbayang lagi macammana mak, ayah betungkus-lumus berkerja membanting tulang semata-mata nak menyenangkan anak-anak. Mak sampai tak pernah tukar pakaian. Bila raya baju mana yang ada sahaja mak pakai, asalkan elok dan masih baru. Nak mimpikan barang kemas jauh sekali. Bila mak ayah dah tua dan tak sihat, kita masih pentingkan diri sendiri dengan macam-macam alasan. Kenapa kita tak cuba untuk ketepikan alasan-alasan itu dan utamakan mak dan ayah kita. Tak terfikirkah kita, bila kita dah tua dan sakit seperti mereka sekarang ini, adakah anak-anak kita akan ambil berat kepada kita sedangkan kita tak ambil berat mak ayah kita. Aku cukup takut balasan Allah...kerana apa yang kita lakukan kepada kedua orang tua kita didunia ini Allah akan balas C. A. S. H didunia ini juga.
Kalaulah kita terlalu banyak alasan, takut Allah akan bagi kita banyak lagi masalah dan banyak lagi alasan sehingga sampai suatu ketika masa itu dah terlambat dan kita jadi terkilan dan amat menyesal sekali. Kenapa kita tak pernah menyesal dahulu, kenapa kita tak pernah terfikir dan insaf, sedangkan banyak kita dah dengar, dah baca dan dah tahu kisah-kisah manusia sekeliling kita dan penyesalan mereka. Kenapa kita tak mahu ambil sebagai teladan. Wahai...pulanglah kekampung, ziarahlah mak & ayah...bukan wang kita yang mereka harapkan, cukuplah mereka dapat melihat wajah kita dan rasa sayang kita kepada mereka. Anak-anak kita yang dah besar itu, pandailah mereka menguruskan diri mereka, kerana mereka pun dah besar, dah masuk kolej semua. Dari mereka kecil hingga besar, tak ada cerita lain semua masalah mereka jadi alasanmu dengan mak & ayah. Aku tahu ayah sangat sedih dan kecewa dengan alasan itu...wahai....jangan sampai kau menyesal, ketika itu tak ada siapa yang boleh menolongmu. Menitik air mataku bila ayah bagitahu kau tak balik, kau ada masalah anak-anak dan kata ayah apa boleh buat dari dulu hingga sekarang kau tak habis-habis dengan masalah anak, ayah faham...nada ayah sungguh kecewa...(dalam hati aku terdetik...sampai hatimu...) Pernah bila aku ceritakan kesihatan mak atau ayah padamu, kau rasa macam hairan kenapa bila kau telefon ayah tak pernah ceritakan masalah mereka kepadamu. Kau pikirlah sendiri, macammana ayah nak ceritakan masalah mereka padamu kerana bila kau telefon mereka kau seringkali bagitau masalah engkau pada mereka so, buat apa ayah nak bagitau masalah dia sebab kau pun ada masalah. Terus terang aku katakan, aku tak pernah ceritakan masalah aku pada mereka. Bagiku masalah itu adalah asam-garam hidup kita, ianya adalah perkara biasa. Itulah hidup namanya. Ayah sahaja yang selalu tanya hal-hal aku anak beranak.
Bila ingat ayah & mak air mata aku mesti nak menitik, rasa macam nak saja aku terbang pergi kat diaorang. Aku tak pernah lepas dari berdoa untuk mereka. Semoga mereka sihat dan sentiasa dalam perlindungan Allah. Aaminn.

2 comments:

Queen said...

semoga saya mengutamakan kesejahteraan ibu bapa saya sampai bila2. Amin.....

CT said...

alamak..syahdunye entry kak noreen ni...