Tuesday, January 12, 2010

MY BIRTHDAY

Semalam, tak sempat nak update blog ni.... 11 Januari..tarikh lahirku, suami mengusik, menyatakan hari ini tarikh lahir Siti Nurhaliza. Makin bertambah usia, semakin diri kena beringat, teristimewa segi kesihatan, kena tingkatkan ibadat, pendek kata kena banyak berubahlah. Sabar pun kena banyak...kerna kata orang diusia begini cepat sangat kecil hati...kalau boleh aku nak hindarkan dari perkara begini. Aku tak nak stress!!! relax selalu, sentiasa bertenang dalam apa jua keadaan.
Kalau nak dikira, keadaan tempat kerja, kekawan dan sebagainya memang susah nak cakap. Think positive je lah semua perkara yang terjadi. Nak ambil hati, aku fikir tak perlulah...merugikan diri sendiri.
Tentang kewangan, kena lebih berjimat, anak pun dah masuk UiTM. Yang sulong tengah tunggu keputusan peperiksaan A Level KMS (Kolej Mara Seremban). Yang kecil sekali dah masuk darjah 2 Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 2. Aku berharap yang ini, bolehlah aku beri perhatian lebih sikit sebab kakak dan abang dah lepas sekolah.
Hadiah dari suami, mmmm tak apalah kalau tak beri pun, kasih sayang & pengorbanan dia pada kami sekeluarga pun dah lebih dari cukup. Aku dah cukup rasa bahagia dengan dia.
Banyak rancangan yang akan diuruskan tahun ini, kebetulan suamiku telah beli sebuah rumah teres kat Puncak Alam ini dari tangan orang. Sekarang ni tinggal kat apartment atas nama aku di tempat yang sama. Rumah Flat kat Taman Medan milik suamiku juga dalam proses pindah milik kepada penyewa sekarang. (Jual kepada penyewa). Semua masih dalam proses. Rumah teres tu mungkin dalam 1 bulan lagi, kami boleh dapat kunci.
Puh!! tak tahu macam mana pula nak renovate rumah tu nanti. Rumah itu sebenarnya belum pernah diduduki oleh pemiliknya, memang totally apa pun tak usik, seolah-olah kami beli dari pemaju. Nak masuk pun tak boleh lagi, kunci belum diserahkan. Masuk sekali sahaja dulu masa belum beli lagi sebab nak tengok keadaan didalamnya.
Apa-apa pun semua dalam tahun ini juga....

No comments: