Friday, March 20, 2009

Lama Tak Post 2

Balik kerja memang sibuk dengan kerja rumah. Tak sempat nak update blog. Sibuk juga nak tahu hal politik semasa, jadi masa terluang diisi dengan hal tersebut. Anak pula dah masuk sekolah, jadi kena beri tumpuan pada dia. Balik kerja memang penat, tapi terpaksa layan kerenah anak kecil yang sorang nie. Mungkin sebab dia rasa dia yang kecil sekali, banyak la kerenahnya.
Hari Sabtu petang kena hantar ke kelas Tae Kwando pula.
Balik opis ambil dia kat nurseri, sampai rumah belum letak beg dah minta nasi, kalau nak beli tak ndak...jadi terpaksalah aku masak yang simple sangat, kekadang belum sempat siap masak
dia dah tertidur...kesian pula tengok...letih. Pagi sekolah Agama KAFA, petang sekolah kebangsaan. Mulanya memang tak hantar dia masuk sekolah Agama, bukan tak penting tapi kesaian takut dia tak mampu, tak boleh nak manage masa. Tapi dia dah nak sangat, jadi masuk sekolah KAFA dah bulan Februari dah. Boring katanya, semua kekawan pergi ke KAFA.






No comments: