Thursday, January 1, 2009

Alam Persekolahan Siti Amirah Jawahir


Salam.
Hari ini 1/1/2009 Hari Orientasi pelajar Tahun 1 bagi Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 2. Aku dan suami bersama anak kami yang bongsu ini telah menghadiri sessi tersebut. Bukan main suka lagi anak aku ini. Ramai pelajar Tahun 1 sekolah ini pada tahun ini iaitu sebanyak 535 orang. Jumlah kelas 13 kelas.Waw! pening kepala juga nampaknya cik gu-cik gu nak melayan kerenah sicilik yang ramai tu. Anak aku ni...biasa la..ikut kepala dia je. Tapi nampaknya dia suka.
Mulanya aku amat risau, takut masa balik sekolah kut tak tahu nak naik van sekolah yang mana. Boleh ke anak aku nie..? Aku dan suami ambil cuti masing-masing 2 hari. Plan kami hari pertama kami berdua akan hantar kesekolah. Hari kedua aku sorang cuti cuma pantau saja. Hari ketiga suami aku pula cuti pantau juga.
Tahun 1,2 & 3 SKPA2 sessi petang. Anak aku memang transit kat Taska Sri Zafran, memang taska dia sejak tadika lagi, dah 2 tahun. Bincang dengan pengasuh (Pengetua)Taska Sri Zafran, beliau boleh hantar dan ambil anak aku, hai lega rasanya. Mungkin cuti kami pada hari kedua boleh dibatalkan.

No comments: