Thursday, January 31, 2013

SERABUT

 
 
Serabut sungguh kepala ni.. dok pikiaq macamana nak kemas rumah yang dah jadi macam kapai pecah tu...Dah tak tau nak susun lagu mana dah, melainkan buang jer benda-benda yang dah lama tak guna. Kali ni tak peduli dah, aku nak buang je benda-benda yang dah tak pakai tu.
Kalau tengok rumah woi... macam setor pun ada. Nak buang barang, ada pulak yang kata sayang la... kali ni tak kira dah. Nasib la...
Baru telefon Nurul Aini Ahmad untuk derma buku-buku. Tarikh tutup dah lepas 28 Januari 2013. Dia kata boleh lagi kalau hari Isnin 4 Februari pagi-pagi antar kat dia. Orang dah nak datang ambil hari tu. Eh boleh jer...  Ni iklan dia...
 
 

NOTE:
 
  1. Buku-buku terpakai ini akan didermakan kepada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  2. Semua jenis buku adalah diterima untuk menambah koleksi perpustakaan USIM termasuk novel / buku fiksyen
  3. Buku-buku pembelajaran seperti buku teks / buku rujukan / buku universiti juga diterima
  4. Sila hantar buku-buku tersebut ke Business Finance ITNT, Level 9 Selatan, Menara TM (cubical Nurul Aini)
  5. Sila hantar buku-buku tersebut sebelum 28 Januari 2013
  6. Sila hubungi Nurul Aini sama ada melalui email nuraini1@tm.com.my atau telefon 011-18300076

 Bab buku ni... settle la kut.... Yang barang-barang lain camno ek... Hari tu dah bagi derma kat Masjid Subang, pakaian dan beg-beg sekolah dan beg-beg dokumen yang memang banyak kat rumah. Ada yang masih dalam plastik lagi (tak pakai lagi) Ini barang-barang sampingan macam flask Air, Bekas pemanas nasi dan lain-lain. Barang mainan pun banyak gak. Banyak dah keluarkan dari rumah tu tapi masih banyak lagi. Serabut ni bukan apa, anai-anai dah bersarang kat rumah. Bila barang-barang dah dipunggah dan tu rumah apartment pula dah ada pembeli, jadi semua barang-barang kat rumah apartment tu kena lah dipindahkan kat rumah ni... tambah-tambah la berserabut. Bukan tongkang pecah lagi... tu la yang kata kapai pecah tu...
Esok hari Wilayah, boleh la kut berkemas.. Hurrey!!! esok CUTI. Amirah kena duduk transit juga la...senang sikit berkemas. Kakak Kerja.. Hubby aku tu, aku nak suruh dia pegi ride la kemana-mana. Tanjung Malim ke... Yik Mun. Heh! jangan aku ngikut sudah!!! kang keja tak jalan.

Wednesday, January 23, 2013

NAK KATA JIWA KACAU TAK ADALAH.....MEMBRONTAK PUN TAK!!!

Kekadang rasa seperti tersisih, seperti dirasakan tak ujud kut.... Kalau nak merajuk pun rugi je....Malas lah nak berkesah... biarlah dulu, kalau tegur, semestinya ada alasan sendiri. Nanti hati juga yang sakit. So.. suka hatilah asal masing-masing bahagia dengan cara masing-masing. Perasan memang perasan... tapi kenapa ya... tak ada jawaban.. Soalnya boleh saja bersama. Pelik sungguh. Orang lain rasanya tak macam ini kut... Nak paksa diri ikut aja... hai!! tak mahu lah.. jiwa tersiksa buat apa. Tak tenang. Nanti barulah jadi jiwa kacau dan membrontak lalu berantakan. hah!!


Friday, January 18, 2013


Pencipta : M Nasir (lagu) Nasir Jani (lirik)????

Bloodshed - Srikandi Cinta Ku

Dingin malam tirai kenanganku
Menyerlahkan sekurun ingatan
Terciptalah rimba kehidupan
Percintaan dalam perjuangan


Kesetiaan sebagai bekalan
Bisikan penuh pengharapan
Tiada garis dapat memisahkan
Segalanya kudratMu Tuhan


Alam bagai mengerti
Segala yang terjadi
Embun menitis panas simpati
Pertemuan tiada awal akhir


Perutusan berdarah ku terima
Gugur kuntum di tengah halaman
Medan ini kurasakan sepi
Terpaku pilu


Ku semaikan pepohon kemboja
Yang bunganya adalah hati ku
Semadilah dalam kedamaian
Semangatku tetap bersamamu


Kan kuusung oh! jenazah cinta
Semadikan nisan kasih suci
Semangatmu tetap bersamaku
Selama pasti


Debu malam meragut kenangan
Menyedarkan dari lamunanku
Percintaan dalam perjuangan
Kau abadi Srikandi Cintaku


Penulis lirik sebenar:
http://adnansmile.blogspot.com/2009/03/siapa-sebenarnya-penulis-lirik-srikandi.html

Wednesday, January 16, 2013

M. Nasir
Keroncong Untuk Ana 2


Setelah lama berjauhan
Baru kini engkau terasa
Sedalam mana cinta
Yang terbenam di lubuk hatiku

Apakah sebenarnya
Rahsia yang engkau sembunyikan
Hingga sanggup berpaling
Dari hakikat sebenar-benarnya

Marilah ku huraikan
Kekusutan yang engkau alami
Sambil kita nyanyikan
Keroncong cinta kita dahulu
Ana

Bentangkanlah lembaran
Kasih sayang baru untuk kita
Dan semuga hendaknya
Akan bertapak mahligai bahgia



Sedap lagu ni....

Tuesday, January 15, 2013

Salam 2013

Syukur masih bernafas di 2013. 11 January tarikh dilahirkan. Baru berlalu, setiap tahun tak ada yang istimewa... cuma harapan dan berusaha untuk jadi insan yang lebih baik dari yang lepas-lepas. Berpuas hati dengan apa yang ada... berusaha untuk mencapai impian. Harapan semoga anak-anak berjaya dalam hidup dunia akhirat. Semoga menjadi insan yang berguna untuk agama dan umat manusia lain. Nak rasa lain sangat pun tak ada juga, sepatutnya Awal Muharram itu yang harus ditekankan. Tapi apa nak buat dah satu dunia guna tahun Masehi.

Sebut pasal tahun baru... bila direnung cara sambutan orang sekarang, takut pun ada. Macam-macam cara sambutan yang entah apa-apa. Syukur Alhamdulillah, kat Selangor ada program yang baik, tak ada countdown. Program keagamaan yang dianjurkan berjaya menarik golongan muda-mudi dari lepak untuk countdown.

Tahun baru Masehi ni belum balik kampung lagi. Nak balik kena ada cuti perayaan baru rasa berbaloi. Lagi pun kakak tengah intern. Biasalah bukan boleh nak cuti macam orang bekerja. Itu pun tak cukup kalau nak kira 60 hari berkerja dari awal Disember hari tu... Kat Malaysia ni banyak cuti. Raya China nanti bolehlah balik kampung. Balik ni pun satu hal jugalah. Tol & minyak dah makan belanja banyak... belanja itu ini.. adoi, sesak jugak. Walauapa pun kena juga balik kampung demi ayah & mak. Hal-hal yang selepas tu pikir kemudian lah.

Amirah dah masuk tahun 5. Semakin pandai juga uruskan diri sendiri. Semakin boleh bertolak ansur. Lega sikit. Harapanku semoga dia dah boleh fikir penting untuk dia belajar lebih sikit. Tahun ini untuk kelas Kafa ada peperiksaan. Sejak kakak buat internship ni... dah kena turun rumah pepagi subuh ke Opis, sebab bawa kereta. Tinggal la mereka-mereka kat rumah, pepandailah sendiri. Adik kena uruskan persiapan kesekolah sendiri. Kena siapkan buku, pakaian untuk transit malam. Lepas ayah hantar adik ke transit dan ke sekolah, ayah kena ambil kakak & hantar ke tempat intern. Lepas tu baru terus ke Opis. Balik kerja ibu ambil adik kat transit. Nasib baik bos benarkan ibu kerja dari pukul 8 hingga 5 petang, jadi tak lah lambat sampai rumah & tak lah letih memandu sbb balik awal, masa tu jln tak berapa jem lagi.
Balik kerja masih sempat masak lagi.

Abang, sejak masuk semesta baru ni, dah tak pernah balik dah... sibuk kata dia. Tak pe lah, harap-harap dia belajar betul-betul. Ibu tak ada harta nak bagi... Ilmu itulah harta yang perlu dicari sendiri. Semoga anak-anak ibu sentiasa dalam redho Allah. Ibu doakan terbaik buat kalian. Ada masa terluang nanti kita jumpa juga. Ibu pun dah bawa adik & kakak pergi jengok abang (adik) kat rumah sewa abang.
Abang, ibu anggap dah dewasa, kena berfikir secara dewasa lelaki. Kena berfikiran positif. Nak buat sesuatu kena ada perancangan, kena matang. Kena ada rasa tanggung-jawab. Buang sikap yang negetif tu... sentiasa ada prasangka baik sesama kita. Setiap apa yang terjadi ada hikmahnya. Buang sikap ego yang melampau, sebab orang lelaki ni terlalu ego.
Walau apa pu, ibu sayangkan kalian.

Thursday, March 8, 2012

Hari Wanita sedunia 8 Mac............

Subhanallah.....betapa Islam itu telah mengangkat darjat wanita begitu tinggi sekali.

1. Doa wanita lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyanyang yang lebih kuat drp lelaki. Rasulullah S.A.W ketika ditanya hal ini menjawab " ibu lbih penyayang dari bapa dan doa org yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Barang siapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam Syurga.

6. Barang siapa yang mempunyai 3 anak perempuan atau 3 saudara perempuan atau 2 anak perempuan atau 2 saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka".

8. Syurga itu dibawah telapak kaki Ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan dilaut, burung diudara, malaikat dilangit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga solat dan puasanya).

12. Aisyah r.a berkata " Aku tanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda " suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?". Jawab Rasulullah S.A.W. "Ibunya".

13. Perempuan apabila solat 5 waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk drp 1,000 lelaki yang jahat.

22. Solat 2 rakaat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

23. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

24. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan apabila dia hiburkan hati anaknya, Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

28. Wanita yang memerah susu binatang dengan "Bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "Bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.

31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

33. Wanita yg bersalin dpt pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

34. Sekiranya wanita mati dlm masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.

35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 thn solat.

36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 thn), maka malaikat-malaikat dilangit akan kabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

37. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

38. Jika wanita memicit/mijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

39. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

40. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

41. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah diakhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Allahhu Akbar...

Friday, February 24, 2012

mStar Online : Pelajar Tahun Akhir Program Pengajian Media UiTM Melaka Anjur Pameran Komunikasi Islam

mStar Online : Pelajar Tahun Akhir Program Pengajian Media UiTM Melaka Anjur Pameran Komunikasi Islam

Abang ajak ibu pi sini. InsyaAllah ibu akan pi tengok projek abang & group. Ibu kena pi hari Ahad, pasai hari Sabtu ayah kena ride ke JB. Adik ajak ibu pi hari Sabtu tidoq di Melaka, biasa la adik Mia tu bab berjalan makan angin, dia la Master Mindnya. Tapi tak dapat la nak ikut semua kehendak dia, bengkrap la ibu mo kalau dok ikut plan dia ja.
Abang, ibu doakan abang dan semua pelajar yang buat projek ni dapat yang terbaik. InsyaAllah. Mudah-mudahan kalian semua diberkati Allah dan dipermudahkan segala urusan. Abang jangan lupa solah dan baca Al-quran ya... Ibu selalu telepon Chak, Chak selalu tanya kakak, abang & adik. Selalu Chak tanya bila abang nak balik kampung. Ibu ingat cuti nanti abang pi balik kampung na...sian kat Chak & Tok. Masa balik kampong awai bulan ari tu, tok dok tanya abang, berulang kali, pertanyaan yang sama dan ibu pun bagitau dia benda yang sama. Kakak tergelak, dia kata teringat kes "burung murai"...