Thursday, July 29, 2010

Pindah Rumah...

Akhirnya pindah rumah juga...Pufff ...penat sampai hari ini tak hilang lagi. Sekarang apa nak buat lagi, dua-dua rumah kena kemas. Rumah yang baru masuk pun masih berselerak, rumah yang ditinggalkan pun sama, lagi teruk kena cuci lagi. Tak tahu sampai bila baru semuanya settle. Hari Sabtu ini nak pasang telefon, dah buat temujanji...kata kontraktor tadi dia datang rumah tapi dia kata "satu orang pun tada..tapi kata nak cepat..." eh memanglah aku nak cepat. Hari Isnin aku ada dirumah dia tak mai, bila dia nak mai dia tak telepon pulak... penat je aku bagi kontek-kontek nombor aku.
Nak sewa Ke??? eh, tak fikir lah lagi...biarlah dulu..Surat-surat pun masih datang kat rumah lama, rasanya tak mau ubahlah sebab peti surat kat rumah lama tu lebih selamat lagi dari rumah sekarang nih!! Banyak lagi barang keperluan yang kena beli...tak berkesempatan lagi nak pergi beli...Bila ek..nak cari..Aduh!!!...

Thursday, July 22, 2010

Serba salah la pulak...

Mak dan ayah dah ada kat Ipoh sekarang. Last week hari Ahad 18/7/2010 kakak bawa ke rumah dia. Hari Ahad ni (25/7/2010) aku pindah rumah, so tak dapat pergi Ipoh. Kata ayah kakak bawa mak pergi buat terapi dah 2 hari, perubahan akan nampak selepas 1 minggu. Nampaknya minggu last Julai baru aku boleh pergi melawat mak kat Ipoh. Rasanya aku nak cutilah pegi tengok mak. Tapi kalau aku cuti alamat anak kecikku pun cuti sekolah la pulakkk....Kata ayah selepas 1 minggu buat terapi, dia nak bawa mak balik Perlis....yalah dah dekat puasa, ayah mesti nak puasa kat kampung. Mestilah nak gi terawaih lagi, mesti ayah tak selesa kalau masih kat Ipoh. Aduh....masalah akan bermula lagi. Kesian mak. Harap-harap mak cepat lah baik. Aku pulak..kenapa tak boleh nak fikir ni....?? apa harus aku buat ek. Aduhhhh buntunye!!!!!. Ya Allah...susahnye hati aaku ni...Aku ingat nak cuti lah lepas pindah umah ni...biarlah amirah ponteng sekolah 1 @ 2 hari...nak balik tengok mak...sian gak kat ayah.

Uhhh!! semalam & hari ini dah lah rasa gerammmm je..lagi lah campur baur perasaan ni. Sakit kepalanye...Rasa macam nak marahhhh je...dok sabar je ni...malaslah nak layan..lantakkk..Esok nak cuti, nak kemas barang, nak pindah rumah, hari Sabtu kena pegi kenduri pulak..malasnye nak pegi kenduri ni. Tapi aku tak taulah nak pindah ni, lori dah ada ke?..pehal ni..nak bawa barang dengan ape? biar betikkk!!!

Monday, June 28, 2010

IBU & AYAH KU SAYANG


Bismillah....
Aku terfikir kenapalah ada antara kita sanggup abaikan kedua ibubapa kita. Bila tahu ibu atau ayah tak sihat pun kita masih tak nak menjengok mereka di kampung. Sampai hati kita. Alasan sibuk dengan masalah anak-anak. Tak terfikirkah kita ibu ayah kita dulu jaga kita macammana. Aku masih terbayang lagi macammana mak, ayah betungkus-lumus berkerja membanting tulang semata-mata nak menyenangkan anak-anak. Mak sampai tak pernah tukar pakaian. Bila raya baju mana yang ada sahaja mak pakai, asalkan elok dan masih baru. Nak mimpikan barang kemas jauh sekali. Bila mak ayah dah tua dan tak sihat, kita masih pentingkan diri sendiri dengan macam-macam alasan. Kenapa kita tak cuba untuk ketepikan alasan-alasan itu dan utamakan mak dan ayah kita. Tak terfikirkah kita, bila kita dah tua dan sakit seperti mereka sekarang ini, adakah anak-anak kita akan ambil berat kepada kita sedangkan kita tak ambil berat mak ayah kita. Aku cukup takut balasan Allah...kerana apa yang kita lakukan kepada kedua orang tua kita didunia ini Allah akan balas C. A. S. H didunia ini juga.
Kalaulah kita terlalu banyak alasan, takut Allah akan bagi kita banyak lagi masalah dan banyak lagi alasan sehingga sampai suatu ketika masa itu dah terlambat dan kita jadi terkilan dan amat menyesal sekali. Kenapa kita tak pernah menyesal dahulu, kenapa kita tak pernah terfikir dan insaf, sedangkan banyak kita dah dengar, dah baca dan dah tahu kisah-kisah manusia sekeliling kita dan penyesalan mereka. Kenapa kita tak mahu ambil sebagai teladan. Wahai...pulanglah kekampung, ziarahlah mak & ayah...bukan wang kita yang mereka harapkan, cukuplah mereka dapat melihat wajah kita dan rasa sayang kita kepada mereka. Anak-anak kita yang dah besar itu, pandailah mereka menguruskan diri mereka, kerana mereka pun dah besar, dah masuk kolej semua. Dari mereka kecil hingga besar, tak ada cerita lain semua masalah mereka jadi alasanmu dengan mak & ayah. Aku tahu ayah sangat sedih dan kecewa dengan alasan itu...wahai....jangan sampai kau menyesal, ketika itu tak ada siapa yang boleh menolongmu. Menitik air mataku bila ayah bagitahu kau tak balik, kau ada masalah anak-anak dan kata ayah apa boleh buat dari dulu hingga sekarang kau tak habis-habis dengan masalah anak, ayah faham...nada ayah sungguh kecewa...(dalam hati aku terdetik...sampai hatimu...) Pernah bila aku ceritakan kesihatan mak atau ayah padamu, kau rasa macam hairan kenapa bila kau telefon ayah tak pernah ceritakan masalah mereka kepadamu. Kau pikirlah sendiri, macammana ayah nak ceritakan masalah mereka padamu kerana bila kau telefon mereka kau seringkali bagitau masalah engkau pada mereka so, buat apa ayah nak bagitau masalah dia sebab kau pun ada masalah. Terus terang aku katakan, aku tak pernah ceritakan masalah aku pada mereka. Bagiku masalah itu adalah asam-garam hidup kita, ianya adalah perkara biasa. Itulah hidup namanya. Ayah sahaja yang selalu tanya hal-hal aku anak beranak.
Bila ingat ayah & mak air mata aku mesti nak menitik, rasa macam nak saja aku terbang pergi kat diaorang. Aku tak pernah lepas dari berdoa untuk mereka. Semoga mereka sihat dan sentiasa dalam perlindungan Allah. Aaminn.

Thursday, June 24, 2010

Selepas Cuti Sekolah

Minggu ini paling sibuk dengan kerja opis. Tak menang tangan nak buat yang mana satu selepas minggu cuti sekolah berakhir. Minggu lepas minggu paling tension (minggu kedua cuti sekolah).
Bawa Amirah ke Melaka Bandaraya Bersejarah 3 hari 2 malam, stay kat Pantai Puteri. Selasa malam dapat call dari Suhael, makku jatuh dan dah tak boleh bangun. Masa tu nak makan malam kat gerai di Pantai Puteri...mulanya lapar sangat sebab makanan kat Melaka nie bagi ku tak ada yang sedap. Bila dapat tahu berita nie langsung hilang selera makan.
Esok pagi kami bertiga bertolak balik ke Puncak Alam, aku kena basuh segala kain baju dan esok pagi pula kami bertolak balik Perlis. Sebelum ini tak bercadang nak balik sebab seminggu sebelum cuti sekolah aku dah balik kampung. Lagi pun budget pun tak berapa nak cukup sebab tengah buat renovation rumah. Tapi kita merancang Allah menentukan....aku sampai juga ke Perlis. Malam suamiku balik ke Puncak Alam dengan bas. Sedih tengok mak..dah tak boleh bangun, langsung terkelepek atas tempat tidur dan paling aku kesian pada ayah yang dengan senang hati menjaga mak. Ayah cuma tinggalkan mak masa nak pergi surau atau masjid je...Alhamdulillah..mak tak ada sakit yg lain-lain macam kenching manis, darah tinggi, jantung...cuma tak ada kederat...mungkin masa mudanya mak terlalu kuat bekerja membanting tulang bantu ayah membesarkan kami adik beradik.
Bila tengok mak macam tu aku ambil keputusan akan buat treatment dengan bersungguh-sungguh dengan tilam magnet yg aku bawa balik dulu. Masa memula bawa balik tilam dulu, masa tu mak masih boleh bangun jenjalan walaupun bertaktih, treatment tak boleh buat dengan betul sebab mak selalu bangun masa tengah buat treatment, lagi pun masa tu aku balik sekejap saja...tak boleh buat betul-betul. Bila tengok mak macam ni (dah tak boleh bangun) aku berazam buat treatment tu, lagi pun aku 4 hari kat kampung. Alhamdulillah 2 hari lagi sebelum aku balik Puncak Alam, mak dah boleh angkat tangan untuk sanggulkan rambutnya dan boleh gerakkan kakinya sendiri.
Hari Sabtu 19/6/2010 aku pun berangkat balik dengan Suhael dan Amirah ke Puncak Alam. Aku memandu sendiri, pertama kali aku memandu balik kampung tanpa suami. Aku balik hari Sabtu takut jalan jem kalau balik Ahad sebab cuti Sekolah dah habis, tentu ramai yang balik hari Ahad. Sebelum ini pun aku nak je memandu balik kampung dengan anak ke masa cuti sekolah, tapi suami tak kasi entahlah mungkin tak harap kut atau serba salah nak biarkan aku balik tanpa dia. Aku singgah rumah mertua kat Padang Rengas, petang teruskan perjalanan ke Puncak Alam. Hari Isnin adikku pula sampai ke kampung untuk jaga mak..tapi hari ini (21/6/2010) malam dia pula akan bertolak ke KL dengan keretapi. Besok mungkin kakak pula balik. (Aku haraplah) Hari-hari aku call kampung tanya khabar mak...semoga mak cepat baik..

Tuesday, June 8, 2010

Muzium Bukit Malawati....lagi Kuala Selangor

Muzium ini terletak di Puncak Bukit Malawati. Sejarah peperangan di Kuala Selangor tersembunyi disini. Salah silah Keluarga di Raja Selangor tercatat disini. Muzium yang comel dan cantik. Dihadapan Muzium berdiri megah Mercutanda Kuala Selangor - Rumah Api. Dari sini pemandangan saujana mata memandang daerah Kuala Selangor yang cantik.













































Monday, June 7, 2010

Kuala Selangor Yang Indah Permai. Selangor yang ku Sayangi...



























Penghuni Bukit Malawati












































Pemandangan Kuala Selangor dari Bukit Malawati.


Bukit Malawati - Pemandangan dari Bukit Malawati - Saujana mata Memandang.

Kat Perlis........Tok & Chak The loving Couple